Tuesday 23 April 2013

Hari itu dalam sejarah!(22 April 2013)

Aku dan suami telah menikah hampir 10 tahun. Segala pahit manis telah dilalui. Semalam aku diuji Allah. Alhamdulilah aku dapat melaluinya dengan tenang.

Sebenarnya sejak petang semalam aku sedikit sibuk. Pukul 2.00 petang menghantar pelajar khas ke hotel dengan hadiah cabutan bertuah yang membumbung. Penuh keta aku....gitu gini balik politeknik....pas solat asar kuar lagi untuk membeli cenderahati di Masai...gitu gini kul 6.30 sampai tempat kerja...punch card ambik anak....gitu gini sampai rumah pukul 7.00 malam....gitu gini mandi, solat, iron baju....kul 7.30 malam bertolak ke hotel demi Malam Seribu Kenangan di Hotel Selesa Pasir Gudang...hubby hantar...cium tangan....berlari-lari anak masuk ke dewan yang disediakan.

Sebelum tu emcee dah mesej bertubi-tubi tanya sapa nak baca doa, takut la...dan macam-macam lagi...huhu

Majlis mula, memang happening...ucapan demi ucapan, makan, cabutan bertuah....

Kira-kira pukul 11 malam tamat....Alhamdulilah

Mira nak hantar balik, aku cakap nak tunggu budak naik bas...dah tanggungjawab aku kan...lagipun takkan nak tinggal Liza dan Suhaili (anak dara keduanya) ngan pelajar...kesian kan

Settlekan bayaran, pelajar keluar dewan,  tangkap gambar sana, tangkap gambar sini....

Bas yang dinantikan tak kunjung tiba...huhu tanya pelajar, ada nombor driver...tiada...salah aku jugak tak pesan kat pelajar mintak nombor driver...huhu...driver pun tak salah jugak...mungkin tak tau nak isyarat dengan budak....huhu

Dekat kul 12.00 malam, baru bas eh bukan bas tapi coaster yang datang...huhu pelajar 60 lebih?naik coaster!....ndak tak ndak jalan dua kali la coaster...dah pergi...nak tunggu balik lagi makan masa jugak...gitu gini dekat pukul 1 la aku sampai rumah...huhu

Terima kasih kat Liza opismate yang sudi hantar aku walaupun jauh...sampai depan pintu pagar...kol hubby....dekat 20 kali tak angkat...panggil-panggil tak jawab...nak nangis je rasanya...nak panjat pagar...pakai baju kurung...kunci tak bawak...apasal la aku ni careless kan...ujian...dalam hati dah hujan...nangis...dah la tu ada dua tiga orang jiran akau baru balik dari main badminton...mesti nampak semua perbuatan aku huhu...maluuuuuuu

Idea-idea...aku mohon pada Allah diberikan idea yang hebat...akhirnya aku dapat idea....kol jiran @Kak Mazura Mahat...Dah abis fikir?memang...aku dah habis fikir...pukul 1.00 pagi!

Kol sekali...nasib baik angkat...tanya...dah tidur..kalau korang kompem jawab dah kan...pukul 1.00 pagi...aku dengan selamba dan suara sikit sedih..."saya baru balik dinner, hamid tak bukak pintu"....dia jawab "nak tidur rumah aku?"....hihi naaaaaaaaak...

Alhamdulilah....mandi pas tu solat...tidur...tak lena...dok ingat anak....setiap masa rasanya aku terjaga...tak boleh jadi ni...kul 5.30 baru hubby tersedar...tanya...mana?.aku jawab"tidur kat luar pagar ni".Hubby jawab"mana?I kat luar pagar ni".huhu....dia tau aku kat umah Kak Mazura Mahat...mana lagi kan...

Sebenarnya banyak pengajaran yang aku dapat:
1. Lain kali bawak kunci rumah siap-siap
2. Senang bawak keta sendiri tak yang nak manja-manja konon rabun la, tak boleh bawak keta malam la dll.
3. Sebelum sampai rumah beritau hubby mungkin kita lambat balik, jangan kunci pintu
4. Kalau boleh bawak sekali baju siap-siap kot-kot kena tidur rumah jiran haha
5. Kalau pun pakai baju kurung, dalam pakai seluar panjang....(kalau malam tu jiran aku tak de, lama dah aku panjat pagar...)
6. Nak lagi senang, bawak segala suami anak beranak makan sekali kat hotel...kalau lambat balik sama-sama!

Itu sahajalah sebenarnya aku nak cerita...aku tak marah...aku sedar ini ujian, walaupun hubby aku tak mintak maaf sekalipun...aku redha...setelah lebih 9 tahun bersama..inilah dinamakan pahit manis...

Bila aku cerita kat kawan-kawan opis, diaorang pakat gelak!...tapi memang lawak la...agak-agak kalau ini terjadi kat korang, apa perasaan dan tindakan korang?

1. Marah suami?
2.Merajuk pada suami?
2. Nangis sampai subuh?
3. Tidur kat surau atau masjid?
atau
4. Tak nak fikir....

Ingatlah...apapun yang terjadi sudah suratan Ilahi...Allah nak uji kita...dan jangan lupa mintak tolong pada Allah...Dia maha mendengar....


Sunday 21 April 2013

Lawatan ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan Kempas


Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas. Dah biasa lalu lalang bila ke rumak Kak Long sebenarnya...cuma bila nak singgah tak tau bila...terlanjur menjadi pensyarah penasihat untuk Kelab Mesra Alam pelajar khas, mengapa tidak kuguna peluang ini untuk berkunjung ke tempat tersebut.

Alhamdulilah dengan menggunakan kertas kerja yang simple akhirnya aku dapat sedikit budget melalui Unit Ko-kurikulum untuk mengadakan aktiviti CSR ini. Pada 3 April 2013, apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Aku bersama 31 orang pelajar khas dan 3 orang pensyarah lain telah berkunjung ke pusat jagaan tersebut dengan membawa barang sumbangan berupa beras, kopi, gula, susu dan biskut serta membawa peralatan membersih seperti penyapu, mop, baldi dan plastik sampah. Tak lupa juga 4 batang pokok limau kasturi dan limau purut untuk ditanam di kawasan rumah pusat jagaan tersebut.

Pada mulanya berdebar juga...bukan apa, bagaimana reaksi pelajar khas masalah pendengaran ni nak berkomunikasi dengan warga pusat jagaan yang terdiri daripada warga emas dan bekas penghuni hospital Permai? Alhamdulilah mereka berjaya menyuap makanan kepada warga yang kurang upaya ni...

Alhamdulilah aktiviti berjalan lancar. Semua pelajar sangat proaktif. Sepanjang lebih kurang 3 jam aktiviti berlangsung, semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Membersih kawasan, mencuci tandas, menanam pokok dan membuat papan tanda arah dapat dilakukan.

Layankan je gambar-gambar di bawah ini









Thursday 18 April 2013

Fruit Pastry Cake


Mula2 tengok FB Ninaz, dia taruk gambar kek ni memang terliur...lalu mintak resepi dari Ninaz....kebetulan anak bbsitter bertunang n saya tak tau nak bawak buah tangan apa untuk dia...lalu kek ni la saya buat actually dah dua kali...1st time bawak pot luck kat opis...skali buat alhamdulilah menjadi...ni amik resepi asal la ea...rasanya resepi ni dari blogger masak yang terkenal gak...tapi lupa blognya...sori yang empunya...nanti saya try carik siempunya resepi original ea...terima kasih banyak sebab kongsi resepi yang enak!

Memang sedap...yummy!
Untuk Famili Kak Semah(bbsitter)
Ingredients

100g Butter, soften at room temperature
200g Caster sugar (I cut down to 180g)
50g Sour cream (2 tbsp) (I used low fat yogurt)
3 Eggs, lightly beaten
1 tsp Vanilla extract
1 tsp Lemon or orange zest (i used lemon)
210g Plain flour - sifted
1 tsp Baking powder (I used double acting baking powder)
500g Fruits tossed with 2 tbsp sugar
(You can use strawberries, blueberries, peaches, bananas, pearls, apples, pineapple, or any other fruits that are not too juicy.) - I used grapes, apples, bananas and prunes.


Method:
- Wash, cut (chunks or slice as desired) and drain fruits, toss with sugar (if desired) and set aside. (if using canned fruits, wash the fruits to remove syrup, omit the sugar).
- Grease with butter and flour the side of a 9" round pan or a 8" square pan and line the base with parchment paper.
- Cream butter, sugar and sour cream till light and fluffy.
- Dribble in the eggs gradually and beat till incorporated in the batter. (The mixture appear slightly curdled)
- Add vanilla extract and zest.
- Dump in sifted flour and baking powder and continue to cream the batter with mixer until smooth. Pour batter into prepared pan and smooth out the top with a spatula.
- Arrange fruits on top, don't press the fruits down into batter. Decorate the fruits as desired.
- Bake in preheated oven at 180C for 60-70mins or until skewer comes out clean when inserted into the cake. Cover the top with foil in the last 15 mins of baking to prevent the top from getting over browned.
- Leave the cake to cool in the pan for about 5-10 mins. Unmold and transfere to wire rack to let cool completely.
- Dust the cake with some icing sugar if desired. (I used snow powder for

Moist Choc Cake Gebusss jugak!



Kek ni saya dapat resepinya daripada internet...tapi carik2 susah pulak nak ingat blog saper...tapi dah banyak kali buat...hasilnya...sgt sedap n mudah...kepada sesiapa yang suka sukat2 guna cawan...layannnnn je resepi...ni buat tuk hari pertunangan Rosmahayati Samijan a.k.a Kak Long...anak kepada bbsitter. Sebelahnya pulak Fruits Pastry Cake...resepi?tungguuuuuuu...

Bahan-bahan:
(Bahan A)
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarboat
1 sudu teh garam

Bahan -bahan lain:

1 1/2 cwn gula kaster
1cwn minyak jagung
1 cwn susu sejat
1 cwn air panas mendidih
2 biji telur

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. 
  2. Lenserkan mould dengan butter dan tepung atau letakkan parchment paper.
  3. Ayak bahan2 A dan ketepikan
  4. Masukkan gula dan minyak jagung dalam satu bekas, kacau hingga sebati guna wire whisk.
  5. Masukkan telur. kacau lagi sehingga sebati.
  6. Masukkan susu sejat. Kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  8. Masukkan air panas mendidih
  9. Bakar guna api atas bawah dalam masa 45 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing2).
Selamat mencuba!

Mee Goreng


Nengok tajuk mesti korang pelik...asal macam tuh? saya sebenarnya tak tau nak masak apa...balik keje amik anak...tanya hubby...u nak makan apa? ikut apa yang u masak la...ni yg susah ni...apalagi singgah kedai beli barang2...nampak mee kuning...amik...ayam...amik separuh...pikir2 nak balik kg...tak yah beli banyak2... sawi seikat...dan......balik letak marissa...huwaaaaaaaaaaaa nangis...macamane ni? u jaga anak la i nak masak...giv me 20 minutes....lalalalala... ni hasilnya terkejar2 nak tengok Tentang Dhia...mcm tak slalu saya buat...maklum la banyak bahan tak guna yang biasa...yang ado!...hubby request....telor mata goyang satu!


Bahan-bahan:

  1. Mee kuning 250gm(basuh n tos)
  2. Tauhu lembut (goreng n potong)
  3. Sotong 2 ekor. Bersihkan n potong2
  4. Ayam bahagian dada...potong2
  5. Sawi seikat  atau ikut suka (potong2)
  6. Cili kering, rebus n blend
  7. 2 biji bawang besar (blend)
  8. 4 ulas bawang putih(blend)
  9. 4 sudu makan sos
  10. 4 sudu makan kicap (ikut suka)
  11. 2 susu makan sos tiram(kalau suka)
  12. Garam sesedap rasa
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sebentar. Masukkan cili kering kisar, bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan sotong. Goreng sebentar. Masukkan sos cili dan sos tiram dan kicap. Buh gak garam.
  3. Masukkan mee kuning dan kacau sebentar. Masukkan sawi. kacau lagi.
  4. Buat bulatan di tengah2...masukkan telur (kalau suka).
  5. Lastly masukkan tauhu goreng potong.Kacau sebentar.Tutup api. Hidangkan panas-panas dengan telur mata goyang....

Pizza Gebussss

pizza sebelum dibakar..mengembang kan...sampai cili pun nak terjatuh


pizza...panas2 baru kuar dari oven...nyum2...
Hari ni seperti yang dijanjikan saya telah menumpang belajar buat pizza ngan Kak Ann dan Faddy. Hari tu buat hubby kata keras crustnya...kalau baling anjing boleh mati huhu...tapi hari ni crustnya memang bestttttt gilerrrrrrrr...mmmmm terima kasih banyak Kak Ann... minggu depan masuk lagi hahahaha....

Resepi seperti di bawah:
(bahan crust)
300gm tepung roti
170 ml air
8gm yis segera
1/2 cacma teh garam
7.5 gm minyak zaitun
1/2 camca teh gula

(bahan topping)
ikut suka

Lada benggala
cendawan butang
Mozarela Cheese
Daging cincang
2 ulas bawang putih(chop)
1 biji bawang merah(chop)
Nenas dalam tin
Lain-lain bahan yang dirasakan sesuai

Cara menyediakan:
A(crust)
Campur bahan-bahan crust dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehat sehingga doh naik 2 kali ganda
Dah naik, buang anginnya dan guna rolling pin, gelek doh anggaran setebal 1/2 inci.

Tumis bawang putih dan bawang sehingga layu, masukkan daging cincang dan tumis sehingga separuh masuk. Tambah oregano dan terragon (jika suka). Perasakan dengan garam dan gula. Angkat.

Sapukan sedikit tomato puree di atas crust, dan letak la topping di atasnya seperti tumisan daging dan bahan-bahan lain. Biar sehingga doh naik sekali lagi. Bakar 15-20 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!

Sup


Sebenarnya sebelum kahwin tak minat makan daging kambing atau lembu...hubby suka makan tu yang terpengaruh...rasanya Ramadhan lepas seminggu skali mesti buat sup...kambing, gear box, tulang, ekor...semua ada...tak yah cakap banyak ni dia cara saya masak...

Bahan-bahan:
Ekor anggaran 1 kg
5 ulas bawang putih(kisar)
3 biji bawang besar(kisar)
Halia 2 inci nak lebih pun boleh(kisar)
rempah sup anggaran satu peket kecik
3 sekawan(bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
Lobak merah(potong ikut suka)
Tomato(belah 4)
Celery
daun sup dan daun bawang

Cara masak:
Rebus  ekor (buang air rebusan pertama)
Rebus sampai lembut (periuk biasa ambil masa 2 jam huhu) baik beli pressure cooker
Kuali lain panaskan minyak...masuk 3 sekawan, masuk bahan2 kisar dan tumis sampai naik bau.Masuk dalam periuk rebusan ekor tadi...
Masuk lobak, celery
Tambah garam dan gula(jika suka)
Tambah perasa jika suka
Masuk tomato dan terus tutup api
Hidang dalam mangkuk dan tabur daun bawang dan daun sup...siap dah boleh panggil diaorg makan ea...

Kakak punya!

Adik punya!

Ayah punya!



Lempeng dan Cekodok




Masa ni makan tepi pantai Tanjung Balau...memang sedap!

memang sedap!

jemput makan....
cara nak masak:

Lempeng...paling senang!
Bahan-bahan:
 1 cawan tepung gandum
 secubit garam
air secukupnya

cara-cara:
Masuk semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati...tak cair tak pekat sangat...panaskan kuali leper...bubuh minyak...masuk adunan tadi...sebelah dah masak,terbalikkan..senang je...api sederhana supaya tak hangus....

Sambal tumis hijau...
Bahan-bahan:
15 biji lada padi...nak pedas guna cili centil...
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis(belah dan bersihkan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
Tumbuk semua bahan hingga lumat...nak senang guna blender
Panaskan minyak dalam kuali...dah panas...tumiskan bahan tumbuk....
Tumis sampai naik minyak
lastly masuk gula dan garam secukup rasa...


satu lagi....dalam gambar:

Cekodok kentang/Jemput-jemput Kentang

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu
*Cili padi ikut suka
*2 biji bawang putih
*3 biji bawang putih
*Segenggam ikan bilis yang sudah dibelah dan bersih
(semua bahan *...ditumbuk)
1 biji bawang besar dadu
Garam
Gula
1 biji telur
Air secukupnya
Dalam satu mangkuk, masukkan tepung, kentang,bawang dadu dan bahan tumbuk, telur dan kacau sebati
Masuk garam dan gula...kacau lagi...
Masuk air secukupnya...agak-agak tak cair atau pekat...(boleh dibentuk)
Panaskan minyak masak...masukkan adunan guna sudu...goreng hingga masak...
Boleh hidang...

Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut(saya guna kelapa kering, habiskan stok huhu)
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air(agak-agak)

cara penyedian:
mudah sahaja
campur semua bahan...kacau kalau nak senang guna wire whisk....siap
letak kuali atas dapur...hidupkan api...lenserkan sedikit minyak...SEDIKIT sahaja
letak anggaran 1 senduk adunan...guna belakang senduk untuk menipiskan  adunan...biarkan hingga kering...terbalikkan...pas tu siap

Boleh dimakan dengan sambal tumis, kuah sardin, gula atau susu pekat...

Suami tak nak sambal...tengah batuk katanya...so makan ngan gula je...ngan susu pekat untuk saya...memang meletop...tambah minuman:KOPI O
Suami tak nak sambal...tengah batuk katanya...so makan ngan gula je...ngan susu pekat untuk saya...memang meletop...tambah minuman:KOPI O

Wednesday 3 April 2013

Jual Kuih

Hampir setiap hari aku akan melalui seorang makcik jual kuih kat taman dekat dengan sekolah tadika anak aku...ada sekali aku beli karipap...tak berapa sedap...ada seorang kakak pulak jual dekat dengan rumah pengasuh anak...dah beberapa kali beli mihun...masin...hai ntahla...

Tapi mengapa jadi isu pada aku hari ni...oh! pagi tadi masa aku melalui makcik ni..dia tengah duduk tunggu pelanggan...selalu ramai orang...pelik kan ada kuih yang tak sedap tapi ramai jugak orang...atau masa aku beli tu kebetulan kuihnya tak sedap atau orang ramai tak ada pilihan...lantaklah!

Balik kepada cerita makcik tu, masa aku lalu dia tengah kesat peluh guna hujung lengan baju....tiba-tiba aku rasa simpati..bukan apa kesian jugak...kalau dia tak meniaga kuih nak kerja apa ea...manalah tau...tu la sumber utama keluarga dia...ataupun tolong suami dia ke...kalau aku berada di tempat dia...pastu dengar pelanggan cakap "huh! tak sedap, tak yah beli..."   apa perasaan aku ek...aku pernah jugak terpikir, kan bagus jual kuih...bukan apa...tak kerja dengan orang...sendiri bos....sendiri pekerja...pacak payung...jual...

Aku pulak sebagai pelanggan, kalau tak sedap...bagitau la...semoga makcik penjual kuih tau mana yang sedap, mana yang tak sedap...ni la orang kita asal boleh. Tak pun jaga hati takut orang kecik ati...Ha susah2 aku buatla sendiri kuih-kuih tu...hahaha...