Wednesday, April 3, 2013

Jual Kuih

Hampir setiap hari aku akan melalui seorang makcik jual kuih kat taman dekat dengan sekolah tadika anak aku...ada sekali aku beli karipap...tak berapa sedap...ada seorang kakak pulak jual dekat dengan rumah pengasuh anak...dah beberapa kali beli mihun...masin...hai ntahla...

Tapi mengapa jadi isu pada aku hari ni...oh! pagi tadi masa aku melalui makcik ni..dia tengah duduk tunggu pelanggan...selalu ramai orang...pelik kan ada kuih yang tak sedap tapi ramai jugak orang...atau masa aku beli tu kebetulan kuihnya tak sedap atau orang ramai tak ada pilihan...lantaklah!

Balik kepada cerita makcik tu, masa aku lalu dia tengah kesat peluh guna hujung lengan baju....tiba-tiba aku rasa simpati..bukan apa kesian jugak...kalau dia tak meniaga kuih nak kerja apa ea...manalah tau...tu la sumber utama keluarga dia...ataupun tolong suami dia ke...kalau aku berada di tempat dia...pastu dengar pelanggan cakap "huh! tak sedap, tak yah beli..."   apa perasaan aku ek...aku pernah jugak terpikir, kan bagus jual kuih...bukan apa...tak kerja dengan orang...sendiri bos....sendiri pekerja...pacak payung...jual...

Aku pulak sebagai pelanggan, kalau tak sedap...bagitau la...semoga makcik penjual kuih tau mana yang sedap, mana yang tak sedap...ni la orang kita asal boleh. Tak pun jaga hati takut orang kecik ati...Ha susah2 aku buatla sendiri kuih-kuih tu...hahaha...

No comments: