Tuesday, March 1, 2016

RESEPI IKAN MASAM MANIS

Assalamulaikum dan salam sejahtera




Ini adalah menu paling disukai hubby....nak-nak bila bulan buasa...lauk ini sahaja sudah mencukupi selain tomyam dan nasi panas... memang pasangan yang serasi.




Apa lagi kita tengok resepinya:


Bahan-bahan:

Seekor ikan siakap (siang bersih dan perapkan kunyit dan garam secukup rasa)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
2 inci halia (cincang halus)
2 biji tomato (buang biji dan potong dadu kecil)
10 biji cili padi( hiris kasar)
1/2 biji cili benggala merah/ hijau/ kuning (potong dadu kecil)
1 pokok daun ketmbar (hiris kasar)
4 sudu makan jus limau kasturi
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
gula dan garam secukup rasa


Cara penyediaan:

Goreng garing ikan yang telah diperap
Panaskan 4 sudu makan minyak masak
Masukkan halia, goreng sehingga garing
Masukkan bawang putih dan cili, tumis hingga layu
Masukkan cili benggala dan sos serta air limau kasturi.
Masukkan separuh daun ketumbar dan tomato.
Tambahkan air jika terlalu kering...nak kuah banyak, tambah air panas sedikit.
Jika dah mendidih boleh dicurah ke atas ikan dan tabur separuh lagi daun ketumbar untuk hiasan
Dah siap!