Monday, July 21, 2014

Budak Perempuan Berambut Perang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih di bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al Mubarak

Tengahari tadi aku dan suami cuci kereta....
Dalam sembang-sembang tu tiba-tiba datang seorang budak perempuan kat sebelah sofa yang aku duduk. Aku yang peramah ni pun tanya:

Aku: Adik umah kat mane?
Adik:Sungai Layang
Aku: OOO akak tau...jauh tu kan..
Adik: Kena lalu Kong Kong
Aku:Sekarang duk kat mane?
Adik: Tu!(sambil menundungkan jari ke arah rumah pekerja di tempat cuci kereta)
Aku: (kesiannya, tak ada tingkap) Best tak duk kat sini?
Adik: Best tapi panas...
Aku : Tak sekolah?
Adik: Tak, taun depan
Aku: Umur berapa:
Adik: 5 tahun
Aku: Adik beradik?
Adik: Beradik-beradik?
Aku: Ha'ah
Adik: 3 orang, abang, adik 2 tahun
Aku: Sape jaga?
Adik: Atok jaga, dia tak bagi emak bawak sini
Aku:Mak mane?
Adik:Tu!(menunjukkan seorang perempuan sedang mengelap kereta pelaggan)

Sebenarnya banyak lagi yang aku tanya...dan ada pertanyaan itu yang buat aku sebak...contohnya...aku tanya dah beli baju raya, budak tu cakap belum...masyaAllah...aku terbayang tiga orang anak aku yang akan beraya dengan beberapa helai baju...kebaya ada, jubah ada yang harganya mencecah RM100 pun ada...sedih sangat...nasib budak tu tak sebaik anak-anak aku....


Ayahnya kena tangkap polis sebab pukul emaknya...aku terfikir...anak-anak ini tak bersalah...lahir atas kasih sayang ibu dan ayah...tapi mengapa ini terjadi kepada mereka...hilangkah sudah perikemanusiaan....

Aku tanya lagi, bila raya makan apa...dia jawab asam pedas ikan...tak ada ketupat tak ada rendang....sebak dan menangis dalam hati aku ni....

Biskut dan kuih raya tiada...aku terbayang biskut yang berbalang kat rumah aku...anak-anak tengok je...kebetulan sangat kuih-kuih tu dah beberapa lama dalam boot kereta, tapi semalam aku bawak masuk dalam kereta....


Dah lama sembang, baharu kutahu namanya FIDA, cantik....dia aktif...semoga dia selamat duduk di tempat cuci kereta itu...yelah zaman ini ramai manusia yang bukan manusia lagi...


Budak perempuan yang bijak dan berambut perang ni (bukan anak mat salleh, tapi disebabkan berjemur di tempat panas) bercakap lagi....atoknya dapat RM 500...katanya bantuan raya....gembira sungguh...kita ni kadang-kadang RM 500 sekali je keluar.


Dalam kepala otak aku ni banyak yang aku rancang....antaranya aku nak belikan dia baju kurung dan boleh tambah-tambah baju yang ada... aku sebolehnya ingin melihat semua kanak-kanak di dunia ni gembira...kesedihan bukan milik mereka...apa yang mereka tahu adalah gembira, seronok, bermain...tak perlu fikir benda-benda lain kecuali bermain....pastinya kanak-kanak sebaya dia sedang bermain tab, telefon pintar dan sebagainya...macam anak aku!

Ya Allah, kau lindungi semua anak-anak di dunia ini....jangan diragut kegembiraan mereka...

Semoga rakan-rakan semua insaf dan muhasabah diri masing-masing tentang keberuntungan kita dan anak-anak...dan jangan lupa untuk banyak bersedekah di bulan mulia ini...kerana pahalanya adalah berlipat kali ganda...


Nasib anak-anak aku sangat-sangat beruntung...alhamdulilah





Wednesday, July 16, 2014

Chicken Chop bestttttttttt

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Ramadhan semua...semoga bulan ini kita dapat sama-sama meningkatkan amalan....


Resepi kita hari ini ialah Chicken Chop

Bahan-bahannya:

Seketul ayam bahagian paha dan pinggul (whole leg) dibuang tulang..cara nak buang tulang boleh tengok kat Youtube jangan lupa bersihkan
Secubit garam dan secubit serbuk lada hitam (perapkan ayam sebentar)
Sebiji telur
Tepung gandum secukupnya
Serbuk roti secukupnya

Cara penyediaan:

Panaskan minyak secukupnya untuk goreng minyak banyak menutupi ayam
Ayam yang telah diperap digolek-golekkan dalam tepung gandum sehingga rata, celup ke dalam telur yang telah dikocok sedikit, golekkan dalam serbuk roti......masuk dalam kuali....goreng sehingga ayam masak...siap!


Bahan sos lada hitam:

Pilihan 1

Sos lada hitam siap dalam botol
Sos cili
Sos tomato
Nak pedas tambah lada hitam serbuk
Campur semua bahan....siap

Pilihan 2
2 sudu besar serbuk stok perang
500ml air
5 ulas bawang putih dicincang
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:
Panaskan minyak secukupnya dalam periuk
goreng bawang putih
Masukkan serbuk stok perang yang telah dicampur air...masak hingga agak-agak pekat.
Sesuaikan rasanya.

Bahan sampingan:

Coleslow
Bahan-bahan:
Kobis anggaran 5 helas, basuh dan sagat atau hiris halus
lobak separuh biji, sagat atau hiris halus
5 sudu makan mayonis
2 sudu makan yogurt asli
5 sudu makan susu segar
1 sudu makan gula

Campur semua bahan dan siap!

Kentang Wedges bakar
beberapa biji kentang kalau boleh Russet
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
Kentang dibasuh dan jangan buang kulit.Rebus sehingga lembut
Letakkan atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega atau minyak masak atau minyak zaitun. Tabur sedikit garam dan gula atas kentang. Tabur juga sedikit mentega atas kentang.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 'C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak..nak goreng kentang ni pun ok...siap!

masa ni aku guna kentang instant je...maklum la kejar masa nak buka....
yummy....

yummy....

yummy

Jangan lupa try...anak dan somi kompem suka...request lagi....tapi aku tak berapa minat...makan sepotong dua je...untungla somi aku...makan 2 ketul hahaha...