Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas. Dah biasa lalu lalang bila ke rumak Kak Long sebenarnya...cuma bila nak singgah tak tau bila...terlanjur menjadi pensyarah penasihat untuk Kelab Mesra Alam pelajar khas, mengapa tidak kuguna peluang ini untuk berkunjung ke tempat tersebut.
Alhamdulilah dengan menggunakan kertas kerja yang simple akhirnya aku dapat sedikit budget melalui Unit Ko-kurikulum untuk mengadakan aktiviti CSR ini. Pada 3 April 2013, apa yang dirancang menjadi kenyataan.
Aku bersama 31 orang pelajar khas dan 3 orang pensyarah lain telah berkunjung ke pusat jagaan tersebut dengan membawa barang sumbangan berupa beras, kopi, gula, susu dan biskut serta membawa peralatan membersih seperti penyapu, mop, baldi dan plastik sampah. Tak lupa juga 4 batang pokok limau kasturi dan limau purut untuk ditanam di kawasan rumah pusat jagaan tersebut.
Pada mulanya berdebar juga...bukan apa, bagaimana reaksi pelajar khas masalah pendengaran ni nak berkomunikasi dengan warga pusat jagaan yang terdiri daripada warga emas dan bekas penghuni hospital Permai? Alhamdulilah mereka berjaya menyuap makanan kepada warga yang kurang upaya ni...
Alhamdulilah aktiviti berjalan lancar. Semua pelajar sangat proaktif. Sepanjang lebih kurang 3 jam aktiviti berlangsung, semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Membersih kawasan, mencuci tandas, menanam pokok dan membuat papan tanda arah dapat dilakukan.
Layankan je gambar-gambar di bawah ini
1 comment:
This information is right on time. We're getting ready to plan a girls trip.
Post a Comment