Tuesday 25 February 2014

Majalah Solusi no 65 2014 isu SEMENTARA AYAH MASIH ADA

Biasanya aku beli majalah ini semasa dalam perjalanan ke destinasi tertentu...dengan harapan agar aku dapat mengisi masa lapang dalam penantian nanti dengan membaca isinya yang sangat hebat dan bernas...tapi kali ni aku highlightkan edisi kali ini kerana isunya yang sangat menyentuh hati sesiapa sahaja terutamanya mereka yang tidak mempunyai ayah lagi....

Kebetulannya sewaktu menemani anakku membeli buku sifir, aku terpandang tajuk ini...kebetulan tiada membawa duit maka aku menggunakan ayat ini "be(panggilan kepada suamiku) nak beli majalah solusi la...kalau u tengok tajuknya pastinya u akan menangis...hihi (dalam hati dah sebak sebenarnya)"
kelakar kan....memang dia(suamiku pun sayu gak, aku tau)

Aku rasa isu kali ini sangat dekat di hatiku...selak helaiannya membuatkan aku sebak...dalam selindung2 aku menangis jugak...toleh kanan kiri dulu takut-takut ada opismate nampak kang...ingat aku gaduh ngan laki pulak...huhu


Bila ada part yang tersipi-sipi sama ngan cerita hidup aku, lagi la sedih....eh! ye la...sama la...hatiku berkata-kata.

Cintanya, dengan tindakan.
Bicara ayah selalunya singkat. Sekadar, "Belajar baik-baik." "Jaga solat." "Ingat Allah."
Ibu, sebaliknya tidak seperti itu. Ibu mampu meluahkan bicara yang tidak menjemukan. Leteran, ingatan, dan kerisauannya boleh jadi berjela-jela panjangnya. Diulang-ulang lagi tanpa diminta. (sumber: Pahrol Muhamad Juoi, Solusi isu#65 ms19)

Betul kan...aku pun suka bebel rupanya, mak aku pun masa muda suka membebel...tapi sekarang...bila mak semakin berusia aku rindu suara bebelannya.. sekarang mak bercakap tak banyak...kadang-kadang cakap pun dah tak berapa betul...mungkin dan banyak lupa...

Bapak, lagilah aku rindu, bila rindu aku akan ambil kain dan bajunya..aku cium...arwah sudah...pejam  celik dah 8 tahun bapak pergi...

Mungkin emak atau bapak kita sudah berbau tidak menyenangkan sekarang, mungkin kerana sudah memakai lampin pakai buang 24 jam, atau mungkin bapa atau ibu kita tidak ingat untuk membersihkan diri...maka kita suka untuk menjauhkan diri...JANGAN begitu...tanpa mereka siapalah kita...kalau masih ada kesempatan, marilah kita menziarahi mereka SEMENTARA MEREKA MASIH ADA!

 Ramai orang bertanya, kenapa aku balik kampung tiap minggu...kerana aku masih ada mak, suami masih ada ibubapa...maka inilah masanya aku ingin mengeratkan silaturrahim antara kami anak-beranak...dapat tolong berbelanja, bersihkan halaman..sudah memadai bagi kami....wang gaji habis untuk ulang alik dan kos-kos tambahan...SEMENTARA MEREKA MASIH ADA!...semoga aku akan tetap istiqamah....membantu mereka mengikut kemampuan...

Ok la banyak pulak aku bebel...beli la SOLUSI isu#65...BEST!

Monday 24 February 2014

nTAH APAaPA nTAH hUhu

Assalamualaikum,

Ntah la nak tulis apa...macam nak tulis sesuatu tapi ntah la...huhu

Oh ya pernah tak anda terdengar tentang blog PakarHOwto...aku dah register...seronok bacanya...sangat berinfomasi.....aku pun ada gak komen sikit-sikit kalau ada berkaitan...dan bestnya kalau anda join mereka selalu akan bagi feedback yang best jugak....ni linknya...http://pakarhowto.com/

Tuesday 18 February 2014

Salam 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lamanya tak tulis apa-apa entry dah tahun baharu masuk 18 hb Februari baharu ada nafsu nak mencoret sesuatu....

Apa khabar anda semua?sihat hendakNYa...saya alhamdulilah sihat.....

Rasanya bila start semester baharu, maka sibuklah sikit...buat rancangan mengajar, belek-belek resepi untuk kelas masak...ada sedikit projek menjual kek...kepada sesesiapa yang ingin membuat tempahan kek hari lahir, pertunangan dsb boleh pm saya di facebook saya...https://www.facebook.com/Halimah Tusa'diah...tapi yang area Pasir Gudang jer...lupa lak nak bagitau....