Thursday 24 October 2013

kejamnya si penjenayah! Kes pembunuhan kejam pegawai bank oleh pengawal keselamatan.

Rasanya aku dah terlewat sedikit dengan berita semalam. Kisah tragis pemhunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya.
Tak payahlah aku cerita panjang lebar berita tu, maklumlah banyak yang dah tau kisah sepenuhnya.
Kesian pada anak-anak arwah. Aku sebagai seorang ibu sangat tersentuh. Terbayang-bayang wajah anak-anak yang masih kecil.
Tiada lagi ibu yang akan mendodoikan tidurmu nak
Tiada lagi ibu yang akan menyisir rambutmu nak
Tiada lagi ibu yang akan menyuap makanmu nak
Tiada lagi ibu yang akan memujukmu bila kau merajuk nak
Tiada lagi ibu yang akan mengesat airmatamu bila kau sedih nak
Tiada lagi ibu yang akan memelukmu bila kau ketakutan nak
Tiada lagi ibu yang akan memberikan bahunya bila kau dalam kesusahan nak
Tiada lagi ibu yang akan mengingatkan kau untuk buat jadual, masa periksa nak
Tiada lagi ibu yang akan memasakkan makanan kegemaran untuk kau nak
Dan macam-macam seorang ibu seperti aku lakukan
Betapa aku dalam kesedihan masa ni(sambil mengesat airmataku)
Semoga keluarga arwah tabah...
Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dan diadili dengan seadilnya dan mendapat balasan yang setimpal...


Wednesday 23 October 2013

HANYA SECEBIS PENDAPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni. Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika apa yang akan aku luahkan ini bakal menyinggung sesiapa. Ini adalah sekadar pendapat dari pemerhatian seorang yang bernama"AKU".

Apa yang kita jadi hari ini samada seorang yang bersopan santun, kasar, lembut, garang, tidak bersopan santun adalah adunan daripada pemerhatian terhadap orang sekeliling dan persekitaran di mana kita dibesarkan. Aku pernah mendengar kata-kata sorang ustaz bahawa kita adalah cermin kepada ibubapa kita. Sementara anak-anak kita  adalah cermin diri kita sebagai ibubapa mereka. Adakah kita mahu anak-anak kita mempunyai sikap yang negatif dan tidak bersopan santun?

Aku atau mungkin anda semua pernah menonton satu iklan berkaitan sabun pencuci. Antara dialognya "baju yang kotor boleh dicuci tapi hati yang suci sukar dicari".

Aku selau menyatakan kepada anak-anak perempuanku yang  bertiga itu begini, biarlah kita hodoh, tidak pandai, belajar tak tinggi tapi bagi ibu sopan santun adalah keutamaan ibu. Aku ingin menjadikan kesopanan tonggak utama kehidupan keluarga kami. Aku juga sering menyatakan sedemikian kepada para pelajarku. Bagiku kecantikan adalah nombor 10 tetapi sopan santun adalah yang pertama dan utama. 

Mengapa?

Kerana sukar untuk menemui golongan muda atau golongan kita juga yang menjadikan amalan sopan santun sebagai amalan harian. 

Aku sangat mudah untuk jatuh hati kepada mereka yang kurasa sungguh bersopan santun. "bagusnya budak tu, bagusnya budak ni, anak siapalah ni".

Ada segelintir pelajarku yang sangat-sangat bersopan santun. Jumpa akan cium tanganku. Bertanya dengan hormat.  Tidak lupa mengucapkan terima kasih. Aku sangat-sangat kagum.

Di alam pekerjaan juga aku sering berhadapan dengan situasi seperti ini. Aku ingat lagi masa aku baharu 3-4 tahun kerja. Aku diherdik atau ditengking oleh seseorang atas kesilapan aku jugak. Aku akui kesilapan aku tapi patutkah aku ditengking di dalam office di hadapan rakan-rakanku yang lain? Patutkah? aku sering juga diperlekehkan oleh segelintir teman-teman dan kelemahan aku yang selalu suami aku beritahu aku, aku tak berani membalas kata-kata orang lain walaupun aku di pihak yang benar. Aku seorang yang apabila marah atau rasa dihina akan menangis. Aku tak suka diherdik atau dimarah apatah lagi bila umur-umur aku sebegini. 

Aku juga masih ingat, aku pernah diherdik oleh junior aku. Pelik kan...inilah lumrah kehidupan. aku tak perfect sesiapapun tak perfect.  Semoga Budi Bahasa menjadi Amalan kita seharian. Pangkat Ujian, susah ujian, kaya ujian miskin juga ujian. Harapanku semoga kita akan dapat hidup harmoni dan saling sayang menyayangi tanpa ada prasangka buruk dan prajudis. Jangan juga menjadi seseorang yang suka membawa mulut. 

"kenapa orang lain boleh, kita tak boleh?" Aku juga pernah mendengar ungkapan ini. Membawa mulut boleh merosakkan hubungan sesama kita. Kalau dulu kita boleh seperti adik beradik, tiada rahsia, suasana akan berubah dek kerana orang yang suka membawa mulut ini. Ini sekadar pendapat aku yang dah berusia 36 tahun, tahun ini dan baharu 13 tahun lebih bekerja sebagai pendidik. Terima kasih kalau ada yang membaca.Wassalam. 





Friday 11 October 2013

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Assalamualaikum dan selamat malam
Ni la katanya tugas sampingan...tinggal keluarga untuk tanggungjawab sampingan...
Rasanya kul 11 malam baru boleh balik nih....huhu...
Janji ngan hubby nak ngeteh balik ni...
Tak pe sok tak sekolah kan....
Ala majlis mcm ni kadang2 je kan.....
Ala ok la tu...dah 13 tahun kerja...
Lagipun tahun depan nak cuti study....mesti rindu nak santai2 macam ni....






Wednesday 9 October 2013

cucur kentang daun ketumbar

Bahan:
500g tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
4 biji kentang potong dadu kecil
2 biji bawang besar hiris halus
100g daun ketumbar dihiris halus
1 sudu makan rempah kari daging atau ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sebiji telur
Cara penyediaan:
Gaul semua bahan sehingga sebati
Rehatkan 15 minit....
Goreng sehingga kekuningan
Sedia untuk dimakan



hmmm...mengantuk!

Assalamualaikum....petang tadi pas makan tengahari aku boleh tertidur....ngantuk sangat....aku penat sangat kot semalam...hari2 ada kelas, tugas sampingan....balik sampai umah terus capai kuali dan sudip....masak...asam pedas ikan mata besar dan ulam petai serta telur dadar....
Kebetulan anak buah datang....hidang dan layan....kul 10 lebih baru dapat rehat sebenarnya kul 11 lebih baharu dapat rehat.....kul 5 pagi setiap hari bangun....siapkan anak ke sekolah....suap makan sambil tunggu bas datang...bukan manjakan tapi nak cepat...kesian kan 6.40 dah naik bas....pas tu terus bersiap2 nk g kerja,siapkan anak nombor 2 pulak....gitu gini gedebak gedebuk...kuar rumah 7.30....anta anak g sekolah tadika....pas tu anta anak ke3 gi umah pengasuh....penat kan....sampai opis 7.50....siap2 gi kelas....ada kelas sampai 11 pagi...huh!
Panjang tul mukadimah....sebenarnya nk  cerita ngantuknya aku sampaikan aku tertidur kat opis ni....meja ni....haha



Friday 4 October 2013

Breakfast pagi sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi ni bangun lewat sikit...almaklum cuti....pas suboh tidur lagi..tak senonoh kan....hihik
Kul 8 anak sulong cakap lapar....ala....terus suruh dia amik daun pandan kat sebelah rumah dan masaklah nasi lemak.....lebih kurang 45 minit kemudian dah boleh makan....
Nasi lemak, sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng berempah je.....anak2 berkali2 makan
Yang tak boleh tahan, bebudak ni makan nasi lemak pun kena ngan kicap..llikut bapak dia....eh!mana bapak dia....huhuhuk....????






Thursday 3 October 2013

Petai...

Assalamualaikum....ni nak cerita tentang petai....
Aku memang penggemar petai....yummmy...sekarang musim petai...
Nak jadi cerita....2 hari lepas aku balik tengahari....betapa terkejutnya....kat pintu pagar...ada tersangkut segugus petai..gemuk2 dan mantap isinya...tapi sape gerangan yang beri...tau2 je aku suke sangat petai...haha...
Aku tanya hubby,ntah jawabnya...takut sape beri....aku alih dan sangkut kat bottle palm aku...kot2 ada orang tercicir....rupanya...jiran aku beri....itupun setelah aku bertanya jiran sebelah.....
Ooo alhamdulilah....boleh buat ulam....terima kasih banyak  la ye....13 papan....3 beri kak semah, 3 si faddy....4 kak ann...aku  3 banyak....sedapppppp



Tuesday 1 October 2013

post raya versi terlewat....

Assalamualaikum
Entry ni sempena raya 2013, rutin harian biasanya hari raya pertama kami akan beraya di kedua rumah iaitu rumah mak dan mertua....bagaimana pengagihan terpulang... yang pasti kami gembira dan keluarga kami gembira.dari mula kahwin sampai la ni dah 10 tahun...macam ni la....ulang alik, maklumlah walaupun dekat hubby tak nak kami raya asing2...tak nak cakap banyak layankan je foto2 di bawah ni ea...ni ada 4 org adik beradik je....3 lagi?
Andak,tak sampai lagi....Uda,pun sama....Alang, kat Sabah...taun ni tak balik...tak sihat...dia memang dah jd org sana....kahwin org sana....katanya....memang nk duk sana la....asal bahagia.....





Melayan karenah anak

Salam....petang balik kerja hari ni rasa nak bawak anak2 main taman...apa lagi KipHome Mart la....main2 kat sini 20 minit terbang la rm12....3 orang....kesian diaorg seharian kat umah pengasuh kan....kita kat opis 8 jam pun tepu...ni pulak anak2 kan...tak pe layannnnn....