Tuesday, July 28, 2009

permata hatiku

salam penuh ukhuwah...

Anak2ku adalah sumber inspirasiku...sewaktu menulis nipun aku sedang mengendong sarah...betapa aku mencintai mereka...

Hidup rasa tak lengkap tanpa mereka...bila kena kursus atau meeting, tidur tak lena...makan tak berapa lalu...mandi walaupun lama tak basah...cheh! sebenarnya aku dah biasa makan laju sbb anak2 dah tarik2 kain nak ikut...terutamanya si Sarah Raihana...mandi pulak paling lama 5 minit...sbb terdengar2 suara Sarah meraung...tidur pulak paham2 je la mana nak cukup sbb tiap2 dua jam pasti Sarah nak susu...

Tapi aku bahagia...semakin lama semakin aku merasai nikmat yang ibuku alami selama ini...dulu bila mak marah, aku tanya kenapa?mak jawab, nanti kau tau la...betul la mak, sekarang aku tahu betapa perasaan seorang ibu macam nilah...hanya ibu tau perasaan seorang ibu...Terima kasih Mak! Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang kepadaku menjadi seorang ibu....yang penyayang ea...