Monday 5 August 2013

Ayah Aku Rindu Padamu by Mawi

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-ayah-aku-rindu-padamu-mawi.html#ixzz2b54cGaX7


Teringat pada arwah Bapak....aku sangat-sangat rindu pada Bapak saat ini....pada adik beradikku, rasanya bila dengar lagu ni mesti korang pun sedey...

Walaupun arwah garang, tapi jauh di sudut hatinya, aku tau arwah seorang yang sangat baik dan kelakar...ingat lagi bila mak membebel di awal pagi Arwah bapak akan buat lawak dan buat mak tak jadi marah...aku sebagai anak perempuan bongsu pastinya mempunyai banyak pengalaman yang tak akan luput dari ingatan dan akan kekal sehingga akhir hayatku...kerana aku agak rapat jugak dengan Arwah....

Dan sesuatu yang menjadi bualan adik beradik apabila bercerita tentang Arwah bapak pastinya tentang aku jatuh dari carrier basikal dengan memegang payung dan Arwah bapak tak sedar. Dah beberapa meter dan rasa basikal ringan baru Arwah menoleh....dan Arwah tanya..."la kok boleh jatuh"....hahaha...sebabnya aku mengantuk dan tertidur...

Sekarang bila aku rindu kat Arwah bapak, sembunyi-sembunyi aku akan cium baju dan kain palikat Arwah yang aku simpan dalam almari bajuku....sayang Bapak!

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibubapa pulanglah sempena hari mulia ni, siapa pun dia, kaya, miskin, hensem tak hensem, sekolah tinggi atau tak sekolah, dia tetap ibu dan bapa anda semua...tanpa mereka kita tak ada di bumi bertuah ini...

Dan aku sangat terasa dan marah kalau ada orang yang tak hormat dengan ibu atau bapa mereka...marah-marah mereka atas alasan ibu atau bapa mereka marah-marah mereka masa mereka kecil...itu bukan marah tapi cara ibu atau bapa kita mendidik kita...mereka mungkin tak sekolah tinggi dan rasanya tak belajar tentang psikologi pendidikan atau mereka kurang membaca tentang cara pendidikan awal anak...tapi kita kena sedar kita jadi manusia seperti hari ini atas jasa-jasa mereka....(membebel pulak)...kepada mereka yang ada sikap sedemikian masih belum terlambat untuk anda untuk minta maaf dan layanlah mereka sebaik mungkin...mungkin hari ini hari terakhir anda bersama mereka...dan pastinya kita tak mahu anak-anak melakukan yang sama seperti kita lakukan terhadap ibu atau bapa kita...(ingatan untuk diriku jugak)....maaf jika ada yang tersinggung...ini sekadar ingatan untuk semua sempena Syawal yang tak berapa hari lagi nak menjengah...Wassalam

Sunday 4 August 2013

Kak Izan Kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rasanya dah lama nak kongsi cerita tentang tajuk di atas. Baru hari ni ada kesempatan sambil dengar radio Hot FM ni yang dari pagi-pagi sampai la ni berkumandang lagu-lagu raya. Terfikir di benakku mungkin rakan-rakan opis yang dah mula cuti hari ni tengah sibuk pasang langsir, kemas umah, lap tingkap, gubah bunga, sapu dan mop lantai, bersihkan siling, bersihkan kipas, tukar sarung kusyen dan basuh balang kuih dan cawan. Aku masih di sini di opis la..bukan apa...rasanya nak balik kampung dah tiap minggu balik kampung...dapat jaga dan mandikan emak sekali sekali kan seronok...kebetulan hujung minggu semalam mak mertua pulak nak masak untuk dihantar kepada jiran tetangga, dengan keadaannya yang kurang sihat maka kehadiran kami anak beranak sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebannya...Alhamdulilah...kira-kira pukul 12.30 petang dah siap 2 lauk aku masak...meehun goreng dan "Sambal Ompak". Lepas tu aku tidur atau pengsan...letih bulan posa ngan nyusukan anak lagi...

Sebenarnya bukan cerita di atas tujuan entry ini ditulis. Itu sebagai selingan sahaja.

Macamana nak mula ea?

Ok, suami sering mengajak aku sarapan di sebuah gerai di kawasan kampung Cahaya Baru. Pada suatu hari aku ternampak kerepek pisang tanduk yang macam sedaplah..

Ting! dapat idea....sebenarnya aku ni suka berniaga hihi...dari jual crepe durian, cheesetart, kerepek maka pertemuan aku ngan Kak Izan ni sangat indah kurasakan...eleh! macam bercinta pulak. Ini semua ketentuan Allah. dan aku sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan insan seperti Kak Izan (maaf kak saya tak mintak izin nak tulis entry pasal Kak)

Lalu kubawak kerepek itu ke opis, maka kawan-kawanku yang sememangnya mempunyai selera yang sangat baik terhadap makanan telah memuji-muji kerepek Kak Izan tuh. Maka aku pun kol Kak Izan untuk mendapatkan lebih banyak kerepek yang pelbagai...

Pada pertama kali berjumpa, aku rasa Kak Izan biasa-biasa sahaja...tapi dia ni sangat pemurah orangnya, beri sampel kerepek yang ada dengan balang yang agak besar...huh! memang baguslah akak ni....

Setelah sampel dimakan oleh kawan-kawan, maka oder pun masyukkkkk....ala sikit-sikit tapi cukuplah...untuk aku yang baru mula nak berniaga ni huhu....

Maka bermulalah episod aku ngan Kak Izan...banyak lagi yang aku nak cerita tentang Kak Izan ni...nanti sambung lagik ea....