Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Rasanya dah lama nak kongsi cerita tentang tajuk di atas. Baru hari ni ada kesempatan sambil dengar radio Hot FM ni yang dari pagi-pagi sampai la ni berkumandang lagu-lagu raya. Terfikir di benakku mungkin rakan-rakan opis yang dah mula cuti hari ni tengah sibuk pasang langsir, kemas umah, lap tingkap, gubah bunga, sapu dan mop lantai, bersihkan siling, bersihkan kipas, tukar sarung kusyen dan basuh balang kuih dan cawan. Aku masih di sini di opis la..bukan apa...rasanya nak balik kampung dah tiap minggu balik kampung...dapat jaga dan mandikan emak sekali sekali kan seronok...kebetulan hujung minggu semalam mak mertua pulak nak masak untuk dihantar kepada jiran tetangga, dengan keadaannya yang kurang sihat maka kehadiran kami anak beranak sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebannya...Alhamdulilah...kira-kira pukul 12.30 petang dah siap 2 lauk aku masak...meehun goreng dan "Sambal Ompak". Lepas tu aku tidur atau pengsan...letih bulan posa ngan nyusukan anak lagi...
Sebenarnya bukan cerita di atas tujuan entry ini ditulis. Itu sebagai selingan sahaja.
Macamana nak mula ea?
Ok, suami sering mengajak aku sarapan di sebuah gerai di kawasan kampung Cahaya Baru. Pada suatu hari aku ternampak kerepek pisang tanduk yang macam sedaplah..
Ting! dapat idea....sebenarnya aku ni suka berniaga hihi...dari jual crepe durian, cheesetart, kerepek maka pertemuan aku ngan Kak Izan ni sangat indah kurasakan...eleh! macam bercinta pulak. Ini semua ketentuan Allah. dan aku sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan insan seperti Kak Izan (maaf kak saya tak mintak izin nak tulis entry pasal Kak)
Lalu kubawak kerepek itu ke opis, maka kawan-kawanku yang sememangnya mempunyai selera yang sangat baik terhadap makanan telah memuji-muji kerepek Kak Izan tuh. Maka aku pun kol Kak Izan untuk mendapatkan lebih banyak kerepek yang pelbagai...
Pada pertama kali berjumpa, aku rasa Kak Izan biasa-biasa sahaja...tapi dia ni sangat pemurah orangnya, beri sampel kerepek yang ada dengan balang yang agak besar...huh! memang baguslah akak ni....
Setelah sampel dimakan oleh kawan-kawan, maka oder pun masyukkkkk....ala sikit-sikit tapi cukuplah...untuk aku yang baru mula nak berniaga ni huhu....
Maka bermulalah episod aku ngan Kak Izan...banyak lagi yang aku nak cerita tentang Kak Izan ni...nanti sambung lagik ea....
No comments:
Post a Comment