Monday, February 20, 2012

Aku dan SGM

Support Group Meeting (SGM) adalah satu perjumpaan di kalangan mereka yang ingin menambah ilmu pengetahuan berkaitan penyusuan susuibu. Peer Counselor yang terlatih akan membantu para peserta yang terdiri daripada para ibu, bapa, pengasuh, nenek dan sesiapa sahaja yang berminat dengan penyusuan susuibu.

Bukan paksaan, malahan ia PERCUMA, ditekankan di sini...PERCUMA...ayuh kawan-kawan, sama-samalah kita membuka mata, minda, hati agar terdorong kepada penyusuan susuibu. Terlalu banyak iklan di Malaysia yang menyanjung  dan mengaburi mata ibu-ibu di luar sana tentang susu formula. Ditekankan juga di sini bahawa susu yang termahal bukan yang terbaik. Semoga tiada yang tersinggung di sini. Susuibu adalah ciptaan Allah yang terbaik buat bayi kita. "Ya Allah semoga ramai ibu-ibu di luar sana yang akan terbuka hatinya untuk sama-sama menyebarkan kepentingan susuibu ini."

Sebagai PC, aku mengharapkan semoga ilmu ini dapat dikongsikan bersama. Khidmat ini adalah percuma, tiada sesen pun perlu dibayar atas kudrat dan peluh kami ini, demi memastikan lebih ramai para ibu di luar sana menyedari pentingnya SUSUIBU. Carilah ilmu seberapa banyak untuk mencapai hasrat ini iaitu menyusukan anak anda seberapa banyak dan seberapa lama yang boleh! Enjoy Breastfeed!