Friday 29 November 2013

UUM

Assalamualaikum Dan salam sejahtera
Bertemu lagi di pagi Sabtu yang indah ini. AlhamDulilah
Semalam Atul bawak aku dan Ema gi UUM.

Ada pesta konvo kan...lagipun terperap dalam bilik je...bosan. Lagi2 orang yg macam aku ni yang suka jalan menghabiskan duit...hikhik

Bukan banyak sangat duit pun, tapi teringat orang yang tersayang...aku beli la apa yang patut...bukan tuk diri sendiri...aku ni habit suka tengok orang gembira bila dapat survenir dari aku....muahahahaha

Hubby pesan jangan beli bukan2....ala t-shirt, kaftan, tu je...yg lain2...Kat padang besaq nanti naaaa.kalau si Atul jadi bawak la...harap2 jadi....kalau tak aku naik teksi Pakcik Ismail tu...byr la rm100 pun sanggup. Tapi kalau boleh nak request sila ikat bonet belakang, takut2barang yg aku beli tinggal plastik je hihi...uzur benor aku nengoknya...hihik

Aku ni dulu2 bukan suka sangat shopping ni....ni pengaruh kawan2 sebenornya....tapi bukan nk beli sakan....ni namanya terapi minda...bosan kan asyik kerja, belajar, tapi ingat jangan  sampai membazir....

Kalau gi mana2 aku tak suka dok satu tempat  jgka masa panjang, aku selalu akan round2 satu tempat tu....sampai Hubby marah selalu, katanya"boleh tak kalau nak nak gi mana2 sama2, diulangi SAMA2!
Sebab aku selalu hilang, abis tu dia kalau beli barang lama Sgt...belek, hidu dulu...haish! Tak kuasa aku...(hubby aku yg beli barang macam sabun basuh kain, sabun mandi, ubat gigi, anak2 punya keperluan termasuk pakaian, ubat nyamuk, tisu, semua kecuali makanan) sebab tu lama....dia cerewet sikit...aku buat apa? Jaga troli....hikhik
Dah kerja dia basuh dan jemur kain sejak mula kahwin...bukan aku suruh ea...bukan jugak queen control..sebenarnya....dia cakap u kalau basuh kain tak sorting dulu...mai campur je...ye ke?
Apa aku membebel ni, layan je gambar2 di bawah,
tangkapan di pesta konvo uum

langsir dlm kelas hihi

makan jer

asyik gula je..

entah apa aku belajar ni....huhu


Saturday 23 November 2013

JALAN-JALAN CHANGLUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wordless ahad di Changlun.Cuci mata dulu ngan pemandangan indah EDC UUM





Friday 22 November 2013

EDC HARI KE 6

Assaalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulilah hari ni masih diberi peluang oleh Allah untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya.


Aku masih di sini.....maafkan aku ya Allah kerana tak dapat fokus kepada pengajaran "guruku"....beliau sangat bijak dan berilmu pengetahuan yang luas, tetapi apa kan daya....bila  statistik je...aku tak boleh fokus.....aku sempat snap gambar2





Bukak apa tu?


Wednesday 20 November 2013

EDC-UUM lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kita bertemu lagi....ni antara pemandangan yang sempat aku snap sementara tunggu si Atul a.k.a Rabiatul Adawiyah hihihi.....kesian dia dlm sibuk2 sempat tolong kawan ni....yang sangat2 memerlukan bantuan....nak jalan jauh....bukan tak cukup makan kat sini tapi biasalah malam tak de kelas....nk ngunyah kan....mana tak naik badan...haish! Tu yg ada kawan yang sangat lama tak jumpa bagitau "cantik badan ko ek"..aku pun senyum je dan balas" suami jaga baik sangat, tu yang jadi gini"

Apa aje la.....i dun care yang penting...i happy maaaaaaa..
Layankan tempat2 best dalam EDC UUM ni...
Sila cuci mata

Lagi cuci2 mata

Lagi .....

Dan lagi...

View dari bilik aku....

Ni jugak...hijau je

Ni dlm kelas, biasa la....majlis ilmu ngantuk....

Ni jugak....

Monday 18 November 2013

KURSUS ANALISIS KUANTITATIF SARJANA HLP 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni merupakan hari pertama aku kat sini HOTEL EDC UUM SINTOK.

Mlm td ada sesi taaruf dr pukul 8.30 smpi 10 malam lebih kurang. Lantik ajk, penghulu dan sebagainya, urusetia bgtau, jeng-jeng....ada kisah mistik...tiap orang peserta yg lepas kena gangguan..what setiap orang?....biaq betuiiii!

Mulalah aku ni fikir yang bukan2....teringat kawan2 citet yg..tempat ni...ber#@#u....OMG!

Malam pertama susah nak tido. Apa la dah umo gini takut! Bukan takut, serammm...

Untuk menghilangkan kerisauan, maka aku pun tengok tv...ngantuk tiba2, matikan...fikiran ni pun jahat...dok fikir yang bukan2 jek. Tengok tv lg....tiba2 roomate tejaga, aku pun tutup balik tv....tutup lampu kt ats cermin....tido....!

Alhamdulilah....dpt tido dan bangun kul 6 pagi le....

Alhamdulilah dah hari kedua. Asyik mengira2 bila nak balik...huhu
Tilam yg tak berapa empuk mcmkt GM HOTEL 
Tingkap sebelah katil


Lagi

Macam kedai runcit tak?

Luas kan bilik ni, tp wardrob mcm kt kamsis  dulu

Dressing table



Saturday 16 November 2013

Kalau dah perempuan, perempuan jugak!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apa yang sangat2 sinonim ngan perempuan ni kalau pergi mana2?
Shopping la!

Ni hari pertama punya hasil tangkapan....kononnya tengok2 dulu.Pekan Rabu Alor Setar.

Kurung Kedah untuk mak



Sebelah hotel ada jual barang2 keperluan harian, dan aku terpandang ni....teringat masa kecik2 dulu, tapi dulu ia dijual dengan gula2 panjang.....apa dia?

Cincin mainan tuk anak2...hikhik

Hari kedua, Padang Besar Perlis.....kejap sangat...banyak yang menarik tapi masa tak cukup! Jadi ni jer yang dapat disauk.
Kerepek ikan bilis untuk makan2

Kerepek keladi susu, manis2 je rasanya...

Key chain Padang Besar.....untuk anak2, anak2 sedara dan opismate

RINDU BERTAMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.
Sebenarnya hari ni merupakan hari ke2 aku sampai di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman ni. Pendaftaran kursus bermula insyaAllah 17 November ni. Tetapi atas sebab2 tertentu aku datang lebih awal bersama seorang teman dari Kolej Komuniti Bandar Penawar. Kami jumpa kali pertama semasa temuduga biasiswa master ni lebih kurang 4 bulan lalu, dan ni ketentuan Allah, kami bersama2 di sini sekarang. Ingat lagi kata2 sahabat saya ni "kak, nanti kita daftar kursus sama2 ea"..konfiden kan....haha....Alhamdulilah...inilah ketentuan Allah. Banyak sungguh nikmat Kauberi padaku. Terima kasih Allah atas semua kurnianMu.

Atas kehendak Allah jugak aku berada di sini....ini baharu permulaan. Aku dijangka berada di sini UUM sehingga 3 Dis 2013. Sebelum tu aku kat sini la...GM HOTEL Changlun. Anda bole tengok sini http://gmhotelsdnbhd.com/

Selalunya aku paling lama tinggalkan anak2 tuk 1 minggu je...la ni dekat 3 minggu....haish! Sedihnya....rindu anak2 jangan cakap la..Macamanalah aku nak menghadapi hari2 tanpa anak2....sangat memeritkan....sukarnya melelapkan mata...aku tidur bila benar2 mengantuk....

Di sini jugak aku bertemu semula kawan lama, Zaonah Hamisan...lebih 15 tahun tak jumpa. Beliau sangat baik....sanggup hantar aku pi Padang Besar, Perlis....semalam Rabiatul Adawiyah bawak gi Pekan Rabu....terima kasihlah kawan2.

Aku berdoa dan berharap masa akan cepat2 berlalu agar aku dapat membelai dan mencium anak2ku....ibu sangat2 merinduimu...andai dapat kubawa kalian bersama,alangkah indahnya...biarlah tidurku tak lena, biarlah makanku tak kenyang, bersamamu aku rela....

Nanti aku sambung cerita lagi la....sedey nih...huhu
Percaya kan!

Ni la my very2 kind person of mine, Zaonah

Ni kat Padang Besar la....


Pemandangan indah...

Lagi di Padang Besar


Friday 1 November 2013

Macaroni goreng black papper

Rasanya lama tak masuk entry masak-masak. Sempena hari ni kelas anak sulong buat makan2 akhir tahun di sekolahnya. Beria2, 2 hari sebelum dia minta masakkan. Aku ni jenis tak sampai hati beli la apa yg patut dan hari kejadiannya pukul 5 bangun, masak...dia gi skola awal. Pukul 6.20 dah naik bas.
Layankan je resepi ni ea....
Apapun mula dengan BISMILLAH dan SELAWAT

500 gm macaroni direbus sehingga masak ikut arahan peket
2 sudu teh black papper tumbuk kasar
3 ulas bawang putih cincang
4 ulas bawang merah cincang
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
300 gm udang sederhana besar, kupas kulit dan tinggalkan ekornya sahaja
Sepotong dada ayam potong dadu
Serumpun daun bawang hiris halus
1 biji Cili merah, buang biji dan potong dadu
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Panaskan suku cawan minyak masak
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
Masuk cili giling, tumis hingga naik bau
Masuk black papper tumbuk
Masukkan ayam dan tumis hingga masak
Masukkan udang dan tumis hingga masak
Masuk sos tiram dan sos cili
Masuk cili merah, gaul sebati
Masuk macaroni dan daun bawang, gaul sebati
Perasakan dengan garam.
Siap untuk dihidang dan makan.
Jangan lupa cuba ea...memang mantop...insyaAllah

Nyum...nyum



Thursday 24 October 2013

kejamnya si penjenayah! Kes pembunuhan kejam pegawai bank oleh pengawal keselamatan.

Rasanya aku dah terlewat sedikit dengan berita semalam. Kisah tragis pemhunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya.
Tak payahlah aku cerita panjang lebar berita tu, maklumlah banyak yang dah tau kisah sepenuhnya.
Kesian pada anak-anak arwah. Aku sebagai seorang ibu sangat tersentuh. Terbayang-bayang wajah anak-anak yang masih kecil.
Tiada lagi ibu yang akan mendodoikan tidurmu nak
Tiada lagi ibu yang akan menyisir rambutmu nak
Tiada lagi ibu yang akan menyuap makanmu nak
Tiada lagi ibu yang akan memujukmu bila kau merajuk nak
Tiada lagi ibu yang akan mengesat airmatamu bila kau sedih nak
Tiada lagi ibu yang akan memelukmu bila kau ketakutan nak
Tiada lagi ibu yang akan memberikan bahunya bila kau dalam kesusahan nak
Tiada lagi ibu yang akan mengingatkan kau untuk buat jadual, masa periksa nak
Tiada lagi ibu yang akan memasakkan makanan kegemaran untuk kau nak
Dan macam-macam seorang ibu seperti aku lakukan
Betapa aku dalam kesedihan masa ni(sambil mengesat airmataku)
Semoga keluarga arwah tabah...
Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dan diadili dengan seadilnya dan mendapat balasan yang setimpal...


Wednesday 23 October 2013

HANYA SECEBIS PENDAPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni. Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika apa yang akan aku luahkan ini bakal menyinggung sesiapa. Ini adalah sekadar pendapat dari pemerhatian seorang yang bernama"AKU".

Apa yang kita jadi hari ini samada seorang yang bersopan santun, kasar, lembut, garang, tidak bersopan santun adalah adunan daripada pemerhatian terhadap orang sekeliling dan persekitaran di mana kita dibesarkan. Aku pernah mendengar kata-kata sorang ustaz bahawa kita adalah cermin kepada ibubapa kita. Sementara anak-anak kita  adalah cermin diri kita sebagai ibubapa mereka. Adakah kita mahu anak-anak kita mempunyai sikap yang negatif dan tidak bersopan santun?

Aku atau mungkin anda semua pernah menonton satu iklan berkaitan sabun pencuci. Antara dialognya "baju yang kotor boleh dicuci tapi hati yang suci sukar dicari".

Aku selau menyatakan kepada anak-anak perempuanku yang  bertiga itu begini, biarlah kita hodoh, tidak pandai, belajar tak tinggi tapi bagi ibu sopan santun adalah keutamaan ibu. Aku ingin menjadikan kesopanan tonggak utama kehidupan keluarga kami. Aku juga sering menyatakan sedemikian kepada para pelajarku. Bagiku kecantikan adalah nombor 10 tetapi sopan santun adalah yang pertama dan utama. 

Mengapa?

Kerana sukar untuk menemui golongan muda atau golongan kita juga yang menjadikan amalan sopan santun sebagai amalan harian. 

Aku sangat mudah untuk jatuh hati kepada mereka yang kurasa sungguh bersopan santun. "bagusnya budak tu, bagusnya budak ni, anak siapalah ni".

Ada segelintir pelajarku yang sangat-sangat bersopan santun. Jumpa akan cium tanganku. Bertanya dengan hormat.  Tidak lupa mengucapkan terima kasih. Aku sangat-sangat kagum.

Di alam pekerjaan juga aku sering berhadapan dengan situasi seperti ini. Aku ingat lagi masa aku baharu 3-4 tahun kerja. Aku diherdik atau ditengking oleh seseorang atas kesilapan aku jugak. Aku akui kesilapan aku tapi patutkah aku ditengking di dalam office di hadapan rakan-rakanku yang lain? Patutkah? aku sering juga diperlekehkan oleh segelintir teman-teman dan kelemahan aku yang selalu suami aku beritahu aku, aku tak berani membalas kata-kata orang lain walaupun aku di pihak yang benar. Aku seorang yang apabila marah atau rasa dihina akan menangis. Aku tak suka diherdik atau dimarah apatah lagi bila umur-umur aku sebegini. 

Aku juga masih ingat, aku pernah diherdik oleh junior aku. Pelik kan...inilah lumrah kehidupan. aku tak perfect sesiapapun tak perfect.  Semoga Budi Bahasa menjadi Amalan kita seharian. Pangkat Ujian, susah ujian, kaya ujian miskin juga ujian. Harapanku semoga kita akan dapat hidup harmoni dan saling sayang menyayangi tanpa ada prasangka buruk dan prajudis. Jangan juga menjadi seseorang yang suka membawa mulut. 

"kenapa orang lain boleh, kita tak boleh?" Aku juga pernah mendengar ungkapan ini. Membawa mulut boleh merosakkan hubungan sesama kita. Kalau dulu kita boleh seperti adik beradik, tiada rahsia, suasana akan berubah dek kerana orang yang suka membawa mulut ini. Ini sekadar pendapat aku yang dah berusia 36 tahun, tahun ini dan baharu 13 tahun lebih bekerja sebagai pendidik. Terima kasih kalau ada yang membaca.Wassalam. 





Friday 11 October 2013

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Assalamualaikum dan selamat malam
Ni la katanya tugas sampingan...tinggal keluarga untuk tanggungjawab sampingan...
Rasanya kul 11 malam baru boleh balik nih....huhu...
Janji ngan hubby nak ngeteh balik ni...
Tak pe sok tak sekolah kan....
Ala majlis mcm ni kadang2 je kan.....
Ala ok la tu...dah 13 tahun kerja...
Lagipun tahun depan nak cuti study....mesti rindu nak santai2 macam ni....






Wednesday 9 October 2013

cucur kentang daun ketumbar

Bahan:
500g tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
4 biji kentang potong dadu kecil
2 biji bawang besar hiris halus
100g daun ketumbar dihiris halus
1 sudu makan rempah kari daging atau ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sebiji telur
Cara penyediaan:
Gaul semua bahan sehingga sebati
Rehatkan 15 minit....
Goreng sehingga kekuningan
Sedia untuk dimakan



hmmm...mengantuk!

Assalamualaikum....petang tadi pas makan tengahari aku boleh tertidur....ngantuk sangat....aku penat sangat kot semalam...hari2 ada kelas, tugas sampingan....balik sampai umah terus capai kuali dan sudip....masak...asam pedas ikan mata besar dan ulam petai serta telur dadar....
Kebetulan anak buah datang....hidang dan layan....kul 10 lebih baru dapat rehat sebenarnya kul 11 lebih baharu dapat rehat.....kul 5 pagi setiap hari bangun....siapkan anak ke sekolah....suap makan sambil tunggu bas datang...bukan manjakan tapi nak cepat...kesian kan 6.40 dah naik bas....pas tu terus bersiap2 nk g kerja,siapkan anak nombor 2 pulak....gitu gini gedebak gedebuk...kuar rumah 7.30....anta anak g sekolah tadika....pas tu anta anak ke3 gi umah pengasuh....penat kan....sampai opis 7.50....siap2 gi kelas....ada kelas sampai 11 pagi...huh!
Panjang tul mukadimah....sebenarnya nk  cerita ngantuknya aku sampaikan aku tertidur kat opis ni....meja ni....haha



Friday 4 October 2013

Breakfast pagi sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi ni bangun lewat sikit...almaklum cuti....pas suboh tidur lagi..tak senonoh kan....hihik
Kul 8 anak sulong cakap lapar....ala....terus suruh dia amik daun pandan kat sebelah rumah dan masaklah nasi lemak.....lebih kurang 45 minit kemudian dah boleh makan....
Nasi lemak, sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng berempah je.....anak2 berkali2 makan
Yang tak boleh tahan, bebudak ni makan nasi lemak pun kena ngan kicap..llikut bapak dia....eh!mana bapak dia....huhuhuk....????