Thursday, October 24, 2013

kejamnya si penjenayah! Kes pembunuhan kejam pegawai bank oleh pengawal keselamatan.

Rasanya aku dah terlewat sedikit dengan berita semalam. Kisah tragis pemhunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya.
Tak payahlah aku cerita panjang lebar berita tu, maklumlah banyak yang dah tau kisah sepenuhnya.
Kesian pada anak-anak arwah. Aku sebagai seorang ibu sangat tersentuh. Terbayang-bayang wajah anak-anak yang masih kecil.
Tiada lagi ibu yang akan mendodoikan tidurmu nak
Tiada lagi ibu yang akan menyisir rambutmu nak
Tiada lagi ibu yang akan menyuap makanmu nak
Tiada lagi ibu yang akan memujukmu bila kau merajuk nak
Tiada lagi ibu yang akan mengesat airmatamu bila kau sedih nak
Tiada lagi ibu yang akan memelukmu bila kau ketakutan nak
Tiada lagi ibu yang akan memberikan bahunya bila kau dalam kesusahan nak
Tiada lagi ibu yang akan mengingatkan kau untuk buat jadual, masa periksa nak
Tiada lagi ibu yang akan memasakkan makanan kegemaran untuk kau nak
Dan macam-macam seorang ibu seperti aku lakukan
Betapa aku dalam kesedihan masa ni(sambil mengesat airmataku)
Semoga keluarga arwah tabah...
Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dan diadili dengan seadilnya dan mendapat balasan yang setimpal...


No comments: