Friday, November 1, 2013

Macaroni goreng black papper

Rasanya lama tak masuk entry masak-masak. Sempena hari ni kelas anak sulong buat makan2 akhir tahun di sekolahnya. Beria2, 2 hari sebelum dia minta masakkan. Aku ni jenis tak sampai hati beli la apa yg patut dan hari kejadiannya pukul 5 bangun, masak...dia gi skola awal. Pukul 6.20 dah naik bas.
Layankan je resepi ni ea....
Apapun mula dengan BISMILLAH dan SELAWAT

500 gm macaroni direbus sehingga masak ikut arahan peket
2 sudu teh black papper tumbuk kasar
3 ulas bawang putih cincang
4 ulas bawang merah cincang
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
300 gm udang sederhana besar, kupas kulit dan tinggalkan ekornya sahaja
Sepotong dada ayam potong dadu
Serumpun daun bawang hiris halus
1 biji Cili merah, buang biji dan potong dadu
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Panaskan suku cawan minyak masak
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
Masuk cili giling, tumis hingga naik bau
Masuk black papper tumbuk
Masukkan ayam dan tumis hingga masak
Masukkan udang dan tumis hingga masak
Masuk sos tiram dan sos cili
Masuk cili merah, gaul sebati
Masuk macaroni dan daun bawang, gaul sebati
Perasakan dengan garam.
Siap untuk dihidang dan makan.
Jangan lupa cuba ea...memang mantop...insyaAllah

Nyum...nyum



No comments: