Saturday 16 November 2013

RINDU BERTAMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.
Sebenarnya hari ni merupakan hari ke2 aku sampai di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman ni. Pendaftaran kursus bermula insyaAllah 17 November ni. Tetapi atas sebab2 tertentu aku datang lebih awal bersama seorang teman dari Kolej Komuniti Bandar Penawar. Kami jumpa kali pertama semasa temuduga biasiswa master ni lebih kurang 4 bulan lalu, dan ni ketentuan Allah, kami bersama2 di sini sekarang. Ingat lagi kata2 sahabat saya ni "kak, nanti kita daftar kursus sama2 ea"..konfiden kan....haha....Alhamdulilah...inilah ketentuan Allah. Banyak sungguh nikmat Kauberi padaku. Terima kasih Allah atas semua kurnianMu.

Atas kehendak Allah jugak aku berada di sini....ini baharu permulaan. Aku dijangka berada di sini UUM sehingga 3 Dis 2013. Sebelum tu aku kat sini la...GM HOTEL Changlun. Anda bole tengok sini http://gmhotelsdnbhd.com/

Selalunya aku paling lama tinggalkan anak2 tuk 1 minggu je...la ni dekat 3 minggu....haish! Sedihnya....rindu anak2 jangan cakap la..Macamanalah aku nak menghadapi hari2 tanpa anak2....sangat memeritkan....sukarnya melelapkan mata...aku tidur bila benar2 mengantuk....

Di sini jugak aku bertemu semula kawan lama, Zaonah Hamisan...lebih 15 tahun tak jumpa. Beliau sangat baik....sanggup hantar aku pi Padang Besar, Perlis....semalam Rabiatul Adawiyah bawak gi Pekan Rabu....terima kasihlah kawan2.

Aku berdoa dan berharap masa akan cepat2 berlalu agar aku dapat membelai dan mencium anak2ku....ibu sangat2 merinduimu...andai dapat kubawa kalian bersama,alangkah indahnya...biarlah tidurku tak lena, biarlah makanku tak kenyang, bersamamu aku rela....

Nanti aku sambung cerita lagi la....sedey nih...huhu
Percaya kan!

Ni la my very2 kind person of mine, Zaonah

Ni kat Padang Besar la....


Pemandangan indah...

Lagi di Padang Besar


No comments: