Wednesday 23 October 2013

HANYA SECEBIS PENDAPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni. Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika apa yang akan aku luahkan ini bakal menyinggung sesiapa. Ini adalah sekadar pendapat dari pemerhatian seorang yang bernama"AKU".

Apa yang kita jadi hari ini samada seorang yang bersopan santun, kasar, lembut, garang, tidak bersopan santun adalah adunan daripada pemerhatian terhadap orang sekeliling dan persekitaran di mana kita dibesarkan. Aku pernah mendengar kata-kata sorang ustaz bahawa kita adalah cermin kepada ibubapa kita. Sementara anak-anak kita  adalah cermin diri kita sebagai ibubapa mereka. Adakah kita mahu anak-anak kita mempunyai sikap yang negatif dan tidak bersopan santun?

Aku atau mungkin anda semua pernah menonton satu iklan berkaitan sabun pencuci. Antara dialognya "baju yang kotor boleh dicuci tapi hati yang suci sukar dicari".

Aku selau menyatakan kepada anak-anak perempuanku yang  bertiga itu begini, biarlah kita hodoh, tidak pandai, belajar tak tinggi tapi bagi ibu sopan santun adalah keutamaan ibu. Aku ingin menjadikan kesopanan tonggak utama kehidupan keluarga kami. Aku juga sering menyatakan sedemikian kepada para pelajarku. Bagiku kecantikan adalah nombor 10 tetapi sopan santun adalah yang pertama dan utama. 

Mengapa?

Kerana sukar untuk menemui golongan muda atau golongan kita juga yang menjadikan amalan sopan santun sebagai amalan harian. 

Aku sangat mudah untuk jatuh hati kepada mereka yang kurasa sungguh bersopan santun. "bagusnya budak tu, bagusnya budak ni, anak siapalah ni".

Ada segelintir pelajarku yang sangat-sangat bersopan santun. Jumpa akan cium tanganku. Bertanya dengan hormat.  Tidak lupa mengucapkan terima kasih. Aku sangat-sangat kagum.

Di alam pekerjaan juga aku sering berhadapan dengan situasi seperti ini. Aku ingat lagi masa aku baharu 3-4 tahun kerja. Aku diherdik atau ditengking oleh seseorang atas kesilapan aku jugak. Aku akui kesilapan aku tapi patutkah aku ditengking di dalam office di hadapan rakan-rakanku yang lain? Patutkah? aku sering juga diperlekehkan oleh segelintir teman-teman dan kelemahan aku yang selalu suami aku beritahu aku, aku tak berani membalas kata-kata orang lain walaupun aku di pihak yang benar. Aku seorang yang apabila marah atau rasa dihina akan menangis. Aku tak suka diherdik atau dimarah apatah lagi bila umur-umur aku sebegini. 

Aku juga masih ingat, aku pernah diherdik oleh junior aku. Pelik kan...inilah lumrah kehidupan. aku tak perfect sesiapapun tak perfect.  Semoga Budi Bahasa menjadi Amalan kita seharian. Pangkat Ujian, susah ujian, kaya ujian miskin juga ujian. Harapanku semoga kita akan dapat hidup harmoni dan saling sayang menyayangi tanpa ada prasangka buruk dan prajudis. Jangan juga menjadi seseorang yang suka membawa mulut. 

"kenapa orang lain boleh, kita tak boleh?" Aku juga pernah mendengar ungkapan ini. Membawa mulut boleh merosakkan hubungan sesama kita. Kalau dulu kita boleh seperti adik beradik, tiada rahsia, suasana akan berubah dek kerana orang yang suka membawa mulut ini. Ini sekadar pendapat aku yang dah berusia 36 tahun, tahun ini dan baharu 13 tahun lebih bekerja sebagai pendidik. Terima kasih kalau ada yang membaca.Wassalam. 





No comments: