Thursday, April 18, 2013

Lempeng dan Cekodok




Masa ni makan tepi pantai Tanjung Balau...memang sedap!

memang sedap!

jemput makan....
cara nak masak:

Lempeng...paling senang!
Bahan-bahan:
 1 cawan tepung gandum
 secubit garam
air secukupnya

cara-cara:
Masuk semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati...tak cair tak pekat sangat...panaskan kuali leper...bubuh minyak...masuk adunan tadi...sebelah dah masak,terbalikkan..senang je...api sederhana supaya tak hangus....

Sambal tumis hijau...
Bahan-bahan:
15 biji lada padi...nak pedas guna cili centil...
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis(belah dan bersihkan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
Tumbuk semua bahan hingga lumat...nak senang guna blender
Panaskan minyak dalam kuali...dah panas...tumiskan bahan tumbuk....
Tumis sampai naik minyak
lastly masuk gula dan garam secukup rasa...


satu lagi....dalam gambar:

Cekodok kentang/Jemput-jemput Kentang

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu
*Cili padi ikut suka
*2 biji bawang putih
*3 biji bawang putih
*Segenggam ikan bilis yang sudah dibelah dan bersih
(semua bahan *...ditumbuk)
1 biji bawang besar dadu
Garam
Gula
1 biji telur
Air secukupnya
Dalam satu mangkuk, masukkan tepung, kentang,bawang dadu dan bahan tumbuk, telur dan kacau sebati
Masuk garam dan gula...kacau lagi...
Masuk air secukupnya...agak-agak tak cair atau pekat...(boleh dibentuk)
Panaskan minyak masak...masukkan adunan guna sudu...goreng hingga masak...
Boleh hidang...

No comments: