Thursday, April 18, 2013

Moist Choc Cake Gebusss jugak!



Kek ni saya dapat resepinya daripada internet...tapi carik2 susah pulak nak ingat blog saper...tapi dah banyak kali buat...hasilnya...sgt sedap n mudah...kepada sesiapa yang suka sukat2 guna cawan...layannnnn je resepi...ni buat tuk hari pertunangan Rosmahayati Samijan a.k.a Kak Long...anak kepada bbsitter. Sebelahnya pulak Fruits Pastry Cake...resepi?tungguuuuuuu...

Bahan-bahan:
(Bahan A)
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarboat
1 sudu teh garam

Bahan -bahan lain:

1 1/2 cwn gula kaster
1cwn minyak jagung
1 cwn susu sejat
1 cwn air panas mendidih
2 biji telur

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. 
  2. Lenserkan mould dengan butter dan tepung atau letakkan parchment paper.
  3. Ayak bahan2 A dan ketepikan
  4. Masukkan gula dan minyak jagung dalam satu bekas, kacau hingga sebati guna wire whisk.
  5. Masukkan telur. kacau lagi sehingga sebati.
  6. Masukkan susu sejat. Kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  8. Masukkan air panas mendidih
  9. Bakar guna api atas bawah dalam masa 45 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing2).
Selamat mencuba!

No comments: