Thursday, April 18, 2013

Pizza Gebussss

pizza sebelum dibakar..mengembang kan...sampai cili pun nak terjatuh


pizza...panas2 baru kuar dari oven...nyum2...
Hari ni seperti yang dijanjikan saya telah menumpang belajar buat pizza ngan Kak Ann dan Faddy. Hari tu buat hubby kata keras crustnya...kalau baling anjing boleh mati huhu...tapi hari ni crustnya memang bestttttt gilerrrrrrrr...mmmmm terima kasih banyak Kak Ann... minggu depan masuk lagi hahahaha....

Resepi seperti di bawah:
(bahan crust)
300gm tepung roti
170 ml air
8gm yis segera
1/2 cacma teh garam
7.5 gm minyak zaitun
1/2 camca teh gula

(bahan topping)
ikut suka

Lada benggala
cendawan butang
Mozarela Cheese
Daging cincang
2 ulas bawang putih(chop)
1 biji bawang merah(chop)
Nenas dalam tin
Lain-lain bahan yang dirasakan sesuai

Cara menyediakan:
A(crust)
Campur bahan-bahan crust dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehat sehingga doh naik 2 kali ganda
Dah naik, buang anginnya dan guna rolling pin, gelek doh anggaran setebal 1/2 inci.

Tumis bawang putih dan bawang sehingga layu, masukkan daging cincang dan tumis sehingga separuh masuk. Tambah oregano dan terragon (jika suka). Perasakan dengan garam dan gula. Angkat.

Sapukan sedikit tomato puree di atas crust, dan letak la topping di atasnya seperti tumisan daging dan bahan-bahan lain. Biar sehingga doh naik sekali lagi. Bakar 15-20 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!

No comments: