Thursday, April 18, 2013

Sup


Sebenarnya sebelum kahwin tak minat makan daging kambing atau lembu...hubby suka makan tu yang terpengaruh...rasanya Ramadhan lepas seminggu skali mesti buat sup...kambing, gear box, tulang, ekor...semua ada...tak yah cakap banyak ni dia cara saya masak...

Bahan-bahan:
Ekor anggaran 1 kg
5 ulas bawang putih(kisar)
3 biji bawang besar(kisar)
Halia 2 inci nak lebih pun boleh(kisar)
rempah sup anggaran satu peket kecik
3 sekawan(bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
Lobak merah(potong ikut suka)
Tomato(belah 4)
Celery
daun sup dan daun bawang

Cara masak:
Rebus  ekor (buang air rebusan pertama)
Rebus sampai lembut (periuk biasa ambil masa 2 jam huhu) baik beli pressure cooker
Kuali lain panaskan minyak...masuk 3 sekawan, masuk bahan2 kisar dan tumis sampai naik bau.Masuk dalam periuk rebusan ekor tadi...
Masuk lobak, celery
Tambah garam dan gula(jika suka)
Tambah perasa jika suka
Masuk tomato dan terus tutup api
Hidang dalam mangkuk dan tabur daun bawang dan daun sup...siap dah boleh panggil diaorg makan ea...

Kakak punya!

Adik punya!

Ayah punya!



No comments: