Thursday, April 18, 2013

Mee Goreng


Nengok tajuk mesti korang pelik...asal macam tuh? saya sebenarnya tak tau nak masak apa...balik keje amik anak...tanya hubby...u nak makan apa? ikut apa yang u masak la...ni yg susah ni...apalagi singgah kedai beli barang2...nampak mee kuning...amik...ayam...amik separuh...pikir2 nak balik kg...tak yah beli banyak2... sawi seikat...dan......balik letak marissa...huwaaaaaaaaaaaa nangis...macamane ni? u jaga anak la i nak masak...giv me 20 minutes....lalalalala... ni hasilnya terkejar2 nak tengok Tentang Dhia...mcm tak slalu saya buat...maklum la banyak bahan tak guna yang biasa...yang ado!...hubby request....telor mata goyang satu!


Bahan-bahan:

  1. Mee kuning 250gm(basuh n tos)
  2. Tauhu lembut (goreng n potong)
  3. Sotong 2 ekor. Bersihkan n potong2
  4. Ayam bahagian dada...potong2
  5. Sawi seikat  atau ikut suka (potong2)
  6. Cili kering, rebus n blend
  7. 2 biji bawang besar (blend)
  8. 4 ulas bawang putih(blend)
  9. 4 sudu makan sos
  10. 4 sudu makan kicap (ikut suka)
  11. 2 susu makan sos tiram(kalau suka)
  12. Garam sesedap rasa
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sebentar. Masukkan cili kering kisar, bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan sotong. Goreng sebentar. Masukkan sos cili dan sos tiram dan kicap. Buh gak garam.
  3. Masukkan mee kuning dan kacau sebentar. Masukkan sawi. kacau lagi.
  4. Buat bulatan di tengah2...masukkan telur (kalau suka).
  5. Lastly masukkan tauhu goreng potong.Kacau sebentar.Tutup api. Hidangkan panas-panas dengan telur mata goyang....

No comments: