Tuesday, 29 April 2014

Rendang Ayam Kampung Special

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Apa ye yang istimewanya...


Saje je nak nampak macam sedap...


Lama dah simpan resepi ni...rasanya kena kongsikan....ini bukan resepi saya tetapi seseorang yang telah memberikannya kepada saya lama dulu rasanya dekat 13 tahun yang lalu...



Layankan resepinya...

Bila balik kampung aku akan masak resepi ini...bukan apa ayam kan bela sendiri....


Tapi....ayam kampung ni baunya kuat sikit...so sebelum nak masaknya...rendam ngan limau kasturi atau tepung gandum dalam 30 minit pas tu cuci bersih....


Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung(anggaran berat 1 kg)-potong 16
5 biji bawang besar*
6 biji bawang merah*
15 biji cili kering*
6 ulas bawang putih*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
6 biji cili padi*
5 biji buah keras*
4 batang serai*
4 keping asam keping
1 ketul gula melaka-hiris halus
3 helai daun kunyit(racik)
50 gm kerisik
250 ml santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis (secukupnya)



Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyaak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam, asam keping, biarkan airnya kering sedikit
4. Masukkan santan. Tunggu sehingga ayam agak-agak empuk
5. Masukkan gula melaka, garam, kerisik
6. Agak-agak kering masukkan daun kunyit
7. Dah siap.....makan dengan nasi impit...memang BOOOMZ!!!!!







Thursday, 24 April 2014

Terharunya hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kita tinggalkan sekejap entry tentang GURU PENDIDIKAN KHAS

Hari ini sementera masih fresh, aku nak kongsikan satu cerita yang buat aku sangat-sangat terharu.


Aku: Yah, semalam ibu terjaga dalam kul 3 atau 4 pagi, perasan Sarah selimutkan ibu.
Hubby: (diam)
Sarah: Adik tengok ibu macam sejuk tu yang adik selimutkan. Selalu lah.
Aku: Macamana adik tau ibu sejuk?
Sarah: Ibu masukkan kaki dalam kain batik...
Aku: (Betul la kan aku selalu pakai kain batik je tidur haha)

Aku sangat terharu...sebak dadaku....speechless sebentar...

Moralnya: Anak aku semakin dewasa dan menjadi seorang anak yang sangat prihatin

Dan rasanya bukan sekali dua je dia buat macam tu tapi selalu....dan aku puji-puji dia tentang perkara tu....dan Alhamdulilah aku berjaya menjadikan dia lebih sabar dan tak menangis apabila dikejutkan untuk bangun pagi...


Ni la Sarah, buah hati aku!



Sunday, 20 April 2014

Menjadi GURU PENDIDIKAN KHAS (pt 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Sambungan entry lepas....nape aku ambik bidang ni....


Abes STPM aku macam biasa amek borang masuk U...masa tu berebut2 kat pejabat pos nak ambik borang punya pasal...tak macam la ni...semua online...


Dah tu ramai pulak yang kirim borang..huhu...nak sampai ke depan kaunter tak yah beratur nak lenggang2 kangkung...sebabnya orang bertolak2....akhirnya dapat ke depan kaunter dengan sendirinya....



Balik rumah...dengan tak sabarnya isilah borang-borang yang banyak muka suratnya....huhu...buat pilihan...


Atas alasan senang dapat kerja, aku pun pilihlah Pendidikan Khas UKM  sebagai pilihan utama.aka pertama....


Bila result keluar, makanya keputusan pun baik....dengan ekonomi dapat B, akupun tukar la kursus guna infoline UPU....caranya tekanlah *aaaaaaa tutup ngan #....aku lupa tekan butang # kat telefon...makanya aku kekallah denga kursus tu...


Aku redha dengan keputusan yang aku buat tu...akhirnya jadilah aku "GURU PENDIDIKAN KHAS!"


Inilah dikatakan suratan yang ditentukan oleh ALLAH...kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya....



#tobecontinued#

Wednesday, 16 April 2014

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (pt 1)

Assalamualaikum salam sejahtera...

Alhamdulilah ya Allah kerana masih memberi aku peluang menghirup nafas milik-Mu ini....

Alhamdulilah juga menjadikan aku seorang GURU PENDIDIKAN KHAS!

Ramai kawan-kawan yang bertanya "Nape ambik bidang ni?"

Sebenarnya panjang ceritanya....

Yang kelakarnya masa aku dapat terima tawaran, ada seorang kawan sanggup mengatakan sesuatu yang aku tak sangka!

"Kenapa amik bidang ni, tak takut ke dapat anak cacat?"

Astagfirullahalazim!

Tak mengapalah, untuk entry yang pertama ni biarlah aku ceritakan sedikit demi sedikit perihal asal usulnya kepada sebelumnya aku bergelar "GURU PENDIDIKAN KHAS"


Tapi sebelum tu layan dulu gambar-gambar di bawah ni!












Sunday, 6 April 2014

Luahan perasaan

Assalamualaikum,selamat pagi....
Alhamdulilah dapat lagi kita menghirup udara yang nyaman ini. Memetik kata-kata seorang ustaz tentang setiap sedutan nafas kita ini Allah beri percuma...tetapi kita masih tidak bersyukur....


Setiap saat pastikan kita sentiasa menuturkan kata-kata yang baik sebagai tanda kesyukuran kita...


Pagi-pagi aku gagal dengan hasutan syaitan....aku sangat marah...aku mengharapkan agar semua seperti yang aku harapkan...yang baik-baik, namun aku gagal...ampunkan aku Ya Allah...

Aku perlu sedar yang semua orang tak sama....kita mengharapkan semua orang positif...aku harap aku akan menjadi lebih positif...berkawan dengan orang yang positif....dikelilingi orang-orang yang positif...sentiasa bersangka baik dengan orang lain...kita kena berubah...Ya Allah bantu aku untuk menjadi orang yang lebih baik....Astagfirullahala'zim...