Tuesday, April 29, 2014

Rendang Ayam Kampung Special

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Apa ye yang istimewanya...


Saje je nak nampak macam sedap...


Lama dah simpan resepi ni...rasanya kena kongsikan....ini bukan resepi saya tetapi seseorang yang telah memberikannya kepada saya lama dulu rasanya dekat 13 tahun yang lalu...



Layankan resepinya...

Bila balik kampung aku akan masak resepi ini...bukan apa ayam kan bela sendiri....


Tapi....ayam kampung ni baunya kuat sikit...so sebelum nak masaknya...rendam ngan limau kasturi atau tepung gandum dalam 30 minit pas tu cuci bersih....


Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung(anggaran berat 1 kg)-potong 16
5 biji bawang besar*
6 biji bawang merah*
15 biji cili kering*
6 ulas bawang putih*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
6 biji cili padi*
5 biji buah keras*
4 batang serai*
4 keping asam keping
1 ketul gula melaka-hiris halus
3 helai daun kunyit(racik)
50 gm kerisik
250 ml santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis (secukupnya)



Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyaak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam, asam keping, biarkan airnya kering sedikit
4. Masukkan santan. Tunggu sehingga ayam agak-agak empuk
5. Masukkan gula melaka, garam, kerisik
6. Agak-agak kering masukkan daun kunyit
7. Dah siap.....makan dengan nasi impit...memang BOOOMZ!!!!!







No comments: