Thursday, April 24, 2014

Terharunya hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kita tinggalkan sekejap entry tentang GURU PENDIDIKAN KHAS

Hari ini sementera masih fresh, aku nak kongsikan satu cerita yang buat aku sangat-sangat terharu.


Aku: Yah, semalam ibu terjaga dalam kul 3 atau 4 pagi, perasan Sarah selimutkan ibu.
Hubby: (diam)
Sarah: Adik tengok ibu macam sejuk tu yang adik selimutkan. Selalu lah.
Aku: Macamana adik tau ibu sejuk?
Sarah: Ibu masukkan kaki dalam kain batik...
Aku: (Betul la kan aku selalu pakai kain batik je tidur haha)

Aku sangat terharu...sebak dadaku....speechless sebentar...

Moralnya: Anak aku semakin dewasa dan menjadi seorang anak yang sangat prihatin

Dan rasanya bukan sekali dua je dia buat macam tu tapi selalu....dan aku puji-puji dia tentang perkara tu....dan Alhamdulilah aku berjaya menjadikan dia lebih sabar dan tak menangis apabila dikejutkan untuk bangun pagi...


Ni la Sarah, buah hati aku!



No comments: