Tuesday, 3 June 2014

Crepe Durian yang best


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sebenarnya aku tak ada standard resepi untuk membuat crepe  ni....setelah mencari resepi dari blog-blog masak yang ada aku terus bereksperimen....



Sesiapa yang nak buat boleh try and error...tak boleh cakap yang ini ok atau yang tu ok...aku main boh je...ada orang guna 3 jenis tepung, 5 jenis tepung dan ada yang sampai 7 jenis...huh!...kan aku kata tadi, ikut suka korang la...ada juga yang guna 1 jenis tepung sahaja iaitu tepung gandum atau terigu...


Anda boleh juga rujuk  SINI   blog ni memang aku hari-hari singgah...kelakar bahasanya...buat aku senyum-senyum kambing sorang-sorang....pastu toleh kanan kiri taku-takut ada orang nampak...maluuuu syeh!


Ni resepi yang aku guna...agak-agak..jugak


Bahan:

4 sudu makan tepung gandum/tepung paling halus(superfine)
4 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung hongkong (tak de pun tak pe)
2 biji telur (kocok sikit)
4 sudu makan gula aising/ikut manis yang disukai
secubit garam
200 ml susu sejat/ segar
400 ml air /ikut kepekatan yang dikehendaki
2 sudu makan mentega cair/minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna makanan

Isi/inti:

Whipping Cream-pukul samapi kembang dan berkilat
Isi Durian (lenyek)

cara penyediaan:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati...guna whisk...tak mau berketul-ketul ea
Tapis dan warna ikut kesukaan...

ni isi durian dan crepe yang tunggu disatukan


dalam mug adalah whipping cream yang dah dimasukkan dalam piping plastik supaya mudah digunakan

mula-mula, letakkan sekeping crepe atas pinggan

bubuh atasnya whip cream...

bubuh atas whip cream tu isi durian yang dah dilenyek

bubuh atasnya whip cream lagi...ala-ala diapit gitu

lipat....





dan hasilnya....





mempersembahkan.....



crepe duriaan yang gebusssssssss



untuk makan sendiri...




jual pun sangat laku...



la ni


malas
.
.
.
.
.
.
.
.

dah boleh telan terus


telan-telan.....yang untuk orang lain tinggal sikit je...jangan mare!




*lama-lama adunan akan sedikit pekat, so boleh tambah air sedikit dan kalau kurang manis boleh tambah gula sikit ea...

No comments: