Hamil kali ke3 boleh dikatakan tidak dirancang. Namun sudah ditentukan Ilahi anak kedua masih 1 1/2 tahun aku disahkan hamil. Mulanya rasa sukar nak menerima kenyataan. Merasakan anak ke2 belum puas disusukan sepenuhnya. Suami banyak memberikan semangat...katanya 'setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah di sebaliknya...lama berfikir...alhamdulilah...redha...ada org lain anak baru 4 bulan dah mengandung lagi kan...
Diduga lagi...darah tinggi n kena kencing manis...walaupun belum tahap injek insulin tapi subhanAllah kena buat BSP 4 kali sehari seminggu sekali mula kandungan 28 minggu...opis klinik, opis klinik...kelas yang banyak...kdg2 penat n menangis tuk menghilangkan tekanan...klinik dah macam rumah ke2...anak ke2 tetap menyusu...tu yang kadang2 penat sangat...tak cukup tidur...
Pada 8 Mac 2011 aku selamat melahirkan seorang puteri yang keberi nama Nur Marissa Khairunnisa...yang bermaksud...seorang yang lemah lebut dan perempuan untuk para syuhada...melalui pembedahan...overdue dan jalan tak buka walaupun lebih 12 jam...khamis 10 Mac pulang ke rumah...malam pertama yang sangat menguji kesabaran...berteman suami dan anak2 yang masih dalam proses penyesuaian kepada keadaan baru...tanpa sesiapa yang boleh diminta pertolongan...jahitan yang berdenyut2...anak ke2 yang merengek mintak susu...baby yg belum sesuai dengan rumah ini...aku menangis teringat mak di kampung...kalau la mak ada...apakan daya mak dah semakin dimamah usia yang pastinya tidak mempunyai kudrat tuk menjaga aku lagi...bukan keharap bantuannya tetapi kehadirannya bagiku dapat meredakan segala kesakitan ini...
Suami cuba sedaya upaya memberikan susu kepada anakku ke2 yang bernama Nur Sarah Raihana...dia menolaknya...aku dengan susah payah cuba menyusukan Sarah walaupun keadaanku lemah skali...sarah sangat gembira...aku menangis kerana kesian melihat dirinya yang belum memahami keadaanku yang sebenar...berkali2 aku dan suami menerangkan yang aku sakit...tapi ye lah dia kan budak lagi...dalam minggu2 terawal aku sukar menyusukan ke2nya serentak...dengan keadaanku ini...4 minggu...5 minggu dan seterusnya aku semakin sihat...dapat menyuskan keduanya sehingga sekarang Marissa sudah berusia 4 bulan...dalam kereta Sarah duduk di sebelahku dan sambil memangku Marissa kususukan keduanya...sangat bahagia hati ini...susah nak digambarkan...hanya mereka yang mengalami sahaja memahami situasi yang aku alami ini...nikmat Ilahi yang tidak semua para ibu rasai...alhamdulilah susu semakin banyak...tiap hari perah di opis boleh dapat 30 oz...ada juga suara2 nakal kawan2 yang memandang sinis usahaku ini...kononnya leceh, tapi mereka tak tau nikmat menyusukan anak dengan susu badan ni...alhamdulilah aku mempunyai mak dan kakak2 yang pro breasfeed ni...Hasilnya tidak dapat dilihat masa terdekat tapi insyaAllah di hari kemudian...semoga anak2ku Nur Minhalina, Nur Sarah Raihana dan Nur Marissa Khairunnisa menjadi anak yang solehah membantu ibu dan ayah bila kudrat kami tidak segagah kini...mudah2an...
No comments:
Post a Comment