Tuesday, 5 April 2011

Waktu Berpantang(part 1)

Tup tap dah nak masuk 30 hari esok...cepat betul masa berlalu...ditemani baby baruku yang kami beri nama Nur Marissa Khairunnisa Binti Hamid...setiap detik berlalu tak terasa...

Selama mengandungkan Marissa, kerap aku berulang alik ke Klinik Kesihatan kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan yang aku memang tak jangka dan kini membuatku serik untuk hamil lagi...tapi kita hanya merancang...Allah penentu segalanya...

Klinik Kesihatan Masai seperti rumah kedua buatku kerana dalam seminggu 2 atau3 kali aku terpaksa ke sana menjalani pemeriksaan kesihatan...dan pada 8 Mac 2011 aku selamat melahirkan seorang puteri melalui pembedahan...

Malam pertama berada di rumah selepas beberapa hari di hospital merupakan saat yang paling mencabar buat kami anak beranak...dengan jahitan yang tak begitu selesa dirasa, anak2 yang merengek perlu belaian dek lama ditinggal di rumah pengasuh dan baby baru yang perlu seratus peratus belaian... Alhamdulilah kami berjaya lalui walaupun tidak dinafikan memang perit dilalui dan manis bila dikenang...

Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan di sini...mungkin di lain kali...semoga anda sabar menunggu part seterusnya...

No comments: