Masuk malam kedua tu hujan dah berhenti, dan tungu punya tunggu dalam keresahan, baju dah mula berbau, ramai penghuni dah mula keluar dari PPS.
Kami setia menanti, rutin macam biasa tidur bangun makan dan sembang-sembang dalam khemah untuk hiburkan hati gelak ketawa seisi keluarga sahaja....masa tu baru PKP 2 dan masing-masing kena ikut SOP.
Khemah pun kena sanitasi setiap hari...
Malam ketiga lebih kurang pukul 12 tengahmalam pihak penyelamat membuat pengumuman bahawa air di kawasan kereta kami terkandas telah surut dan kami dikehendaki mengambil kereta masing-masing sebelum hujan semula...
Suami dan beberapa penghuni telah mengambil kereta dan dalam 1 jam lebih kurang, suami selamat kembali semula ke PPS dengan selamat...Alhamdulilah
Ikutkan hati mau je balik malam tu jugak, namun suami tak larat dan dia cadangkan kami balik pagi selepas sarapan nanti...
Pagi tu lepas sarapan, dengan tak sabar kami mengemas apa yang patut dan keluar dari PPS untuk pulang semula ke rumah...Alhamdulilah...perasaan lega tu sukar digambarkan...kami semua dengan berkain batik, suami berkain palikat pulang dengan kereta yang sangat kotor luar dan dalam akibat banjir kelmarin...
Apapun banyak sungguh hikmah di sebalik kejadian ini
Sebelum ni kami tak pernah merasa pengalaman banjir...perasaan menakutkan bimbnag dihanyutkan air....selalu tengok di tv...
Bila ingat balik sangat bersyukur dengan pengalaman ini...satu pengalaman untuk anak-anak supaya lebih bersimpati dengan mangsa banjir..
Nasihat juga untuk semua, berhati-hati semasa hujan lebat dan elakkan perjalanan di musim tengkujuh, pastikan ikut araha pegawai penyelamat jika terkandas di laluan yang terputus akibat banjir...
Jangan cuba untuk meredah arus banjir sebab di kawasan yang sama dan waktu yang sama ada mangsa banjir yang dihanyutkan air dan lemas akibat meredah air yang deras....
Alhamdulilah dapat sampai ke rumah dan buat sekian kalinya kami sangat menghargai pengalaman ini dan syukur sampai ke my home sweet home!!!!!!
No comments:
Post a Comment