Monday 11 April 2022

Mersing 2021:Kenangan Banjir Kahang (part 4)

 Pukul 12 tengah malam BOMBA datang minta maklumat....info daripada pegawai tersebut menyatakan bahawa terdapat beberapa tempat lagi yang perlu didahulukan bantuan, maka kami menunggu lagi....hinggalah pukul 4 pagi...sedang kami tidur-tidur ayam, kali ni betul-betul kami akan dibawa ke tempat pemindahan sementara...


Alhamdulilah...

setelah membawa dokumen apa yang patut dan beberapa helai pakaian yang masih tinggal, kami pun bergerak mengikut arahan pegawai penyelamat...


Dari tempat kereta diletakkan kami kena berjalan dalam 100meter, kemudian kami kena menaiki sampan dalam dalam 2 ke 3 minit, lepas tu turun sampan kena jalan pulak meredah air separas buku lali dalam beberapa minit naik pulak bot... sebelum tu kena pakai jaket keselamatan, kompem le air tu tinggi kan...



Alhamdulilah anak-anak semua ok, maryam terutamanya tak merengek...dia sangat-sangat ok...


Meredah air seperti sungai rasanya sangat mendebarkan, tak lama dalam beberapa minit dan sampai ke seberang jalan terputus tadi dan naik pulak lori BOMBA...


Jalan berliku, turun naik, dengan muatan yang penuh, duduk berhimpit...masa tu pelitup muka pun dah xde kebanykan penumpang...muka masing-masing dah penat, lebih 12 jam terkandas...


Dalam 30 minit sampai ke SMK Seri Semberong.... lebih kurang pukul 4.30 pagi...

Dapat nasi goreng...Alhamdulilah...


Lapar...haus


Dapat 4 helai tuala, 1 kain palikat, kain batik dan khemah...


Duduk le kami di dewan terbuka...Alhamdulilah


Tidur berhimpit 6 orang, bayangkan...apa-apapun Alhamdulilah


Cukup makan, pakaian je x cukup...pakai le apa yang ada...


Ngantuk sangat, lepas suboh tidur semula....dan mulalah episod makan tidur makan tidur sementara tunggu perkembangan banjir...


Hari tu hujan masih tak berenti, sekejap lebat sekejap renyai...


Lama-lama macam rasa tertekan, sebab x ke mana, duduk dalam khemah sahaja...tunggu time makan...intai-intai kalau ada makanan ringan..


Alhamdulilah ada biskut dan air kotak...dapat lepas rasa lapar sebelum makanan berat sampai...


semua ceria walaupun menempuh cabaran dan ujian...anak-anak yang kuat

ni khemah dalam PPS, banyak kan...ni dalam dewan yang kat kelas2 pun ada...



No comments: