Wednesday, 13 April 2022

Mersing 2021: Kenangan banjir Kahang (last part)

Masuk malam kedua tu hujan dah berhenti, dan tungu punya tunggu dalam keresahan, baju dah mula berbau, ramai penghuni dah mula keluar dari PPS.


Kami setia menanti, rutin macam biasa tidur bangun makan dan sembang-sembang dalam khemah untuk hiburkan hati gelak ketawa seisi keluarga sahaja....masa tu baru PKP 2 dan masing-masing kena ikut SOP.

Khemah pun kena sanitasi setiap hari...


Malam ketiga lebih kurang pukul 12 tengahmalam pihak penyelamat membuat pengumuman bahawa air di kawasan kereta kami terkandas telah surut dan kami dikehendaki mengambil kereta masing-masing sebelum hujan semula...


Suami dan beberapa penghuni telah mengambil kereta dan dalam 1 jam lebih kurang, suami selamat kembali semula ke PPS dengan selamat...Alhamdulilah


Ikutkan hati mau je balik malam tu jugak, namun suami tak larat dan dia cadangkan kami balik pagi selepas sarapan nanti...


Pagi tu lepas sarapan, dengan tak sabar kami mengemas apa yang patut dan keluar dari PPS untuk pulang semula ke rumah...Alhamdulilah...perasaan lega tu sukar digambarkan...kami semua dengan berkain batik, suami berkain palikat pulang dengan kereta yang sangat kotor luar dan dalam akibat banjir kelmarin...


Apapun banyak sungguh hikmah di sebalik kejadian ini


Sebelum ni kami tak pernah merasa pengalaman banjir...perasaan menakutkan bimbnag dihanyutkan air....selalu tengok di tv...


Bila ingat balik sangat bersyukur dengan pengalaman ini...satu pengalaman untuk anak-anak supaya lebih bersimpati dengan mangsa banjir..


Nasihat juga untuk semua, berhati-hati semasa hujan lebat dan elakkan perjalanan di musim tengkujuh, pastikan ikut araha pegawai penyelamat jika terkandas di laluan yang terputus akibat banjir...


Jangan cuba untuk meredah arus banjir sebab di kawasan yang sama dan waktu yang sama ada mangsa banjir yang dihanyutkan air dan lemas akibat meredah air yang deras....


Alhamdulilah dapat sampai ke rumah dan buat sekian kalinya kami sangat menghargai pengalaman ini dan syukur sampai ke my home sweet home!!!!!!


Monday, 11 April 2022

Mersing 2021:Kenangan Banjir Kahang (part 4)

 Pukul 12 tengah malam BOMBA datang minta maklumat....info daripada pegawai tersebut menyatakan bahawa terdapat beberapa tempat lagi yang perlu didahulukan bantuan, maka kami menunggu lagi....hinggalah pukul 4 pagi...sedang kami tidur-tidur ayam, kali ni betul-betul kami akan dibawa ke tempat pemindahan sementara...


Alhamdulilah...

setelah membawa dokumen apa yang patut dan beberapa helai pakaian yang masih tinggal, kami pun bergerak mengikut arahan pegawai penyelamat...


Dari tempat kereta diletakkan kami kena berjalan dalam 100meter, kemudian kami kena menaiki sampan dalam dalam 2 ke 3 minit, lepas tu turun sampan kena jalan pulak meredah air separas buku lali dalam beberapa minit naik pulak bot... sebelum tu kena pakai jaket keselamatan, kompem le air tu tinggi kan...



Alhamdulilah anak-anak semua ok, maryam terutamanya tak merengek...dia sangat-sangat ok...


Meredah air seperti sungai rasanya sangat mendebarkan, tak lama dalam beberapa minit dan sampai ke seberang jalan terputus tadi dan naik pulak lori BOMBA...


Jalan berliku, turun naik, dengan muatan yang penuh, duduk berhimpit...masa tu pelitup muka pun dah xde kebanykan penumpang...muka masing-masing dah penat, lebih 12 jam terkandas...


Dalam 30 minit sampai ke SMK Seri Semberong.... lebih kurang pukul 4.30 pagi...

Dapat nasi goreng...Alhamdulilah...


Lapar...haus


Dapat 4 helai tuala, 1 kain palikat, kain batik dan khemah...


Duduk le kami di dewan terbuka...Alhamdulilah


Tidur berhimpit 6 orang, bayangkan...apa-apapun Alhamdulilah


Cukup makan, pakaian je x cukup...pakai le apa yang ada...


Ngantuk sangat, lepas suboh tidur semula....dan mulalah episod makan tidur makan tidur sementara tunggu perkembangan banjir...


Hari tu hujan masih tak berenti, sekejap lebat sekejap renyai...


Lama-lama macam rasa tertekan, sebab x ke mana, duduk dalam khemah sahaja...tunggu time makan...intai-intai kalau ada makanan ringan..


Alhamdulilah ada biskut dan air kotak...dapat lepas rasa lapar sebelum makanan berat sampai...


semua ceria walaupun menempuh cabaran dan ujian...anak-anak yang kuat

ni khemah dalam PPS, banyak kan...ni dalam dewan yang kat kelas2 pun ada...



Thursday, 7 April 2022

Mersing 2021-Kenangan Banjir di Kahang Kluang (part 3)

 Sampai di pertengahan jalan di Felda Nita dah start hujan, kami tak rasa apa sebab biasala...hujan dan x pernah banjir laluan ni....


Sampai Kahang dan 15 minit lagi mungkin ke Kluang, kak sad kol kakak di kampung kata nak berkumpul di rumah arwah mak nak makan-makan sebab lama x jumpa...kak sad bgtau dalam masa 1 jam lagi sampai


Dalam 1km ke depan selepas kol kakak, tiba-tiba jalan jam, masa tu kira-kira pukul 2.30 petang...dan line phone xde...


jam ye, tengan ladang sawit....pelikkan...selama lalu jalan ni x pernah terjadi...


Depan keta dah berderet dan tiba-tiba...dupdap dah jantung...risau, cemas...


Jalan dah putus, ada sebijii lori dan separuh badan tenggelam dalam air...macam sungai dah laluan tu....


Anggaran kereta dalam 40 biji dan mungkin lebih...ye memang lebih...


Kami bincang dan nak patah balik...


Ye, patah balik...tapi


tak sampai 1km jalan ke Kahang pun dah putus...


sempat melalui kawasan yang dah naik air, akibatnya plet keta pun tercabut....bahaya juga...Alhamdulilah x jadi lebih teruk dari tu...

tak sampai beberapa meter, jalan jem lagi....dan rupanya jalan putus lagi...


masa tu perasaan gelisah sangat, camne nak balik ni...pertama kali jadi nih...


masa tu pulak la nak kencing le, apa la...apalagi bukak pintu kereta ngan hujan lebat...anak no 2 yang nak buang air kecil, sorang payungkan sorang tutup ngan kain utk halang pandangan orang....bayangkan depan belakang kanan semua ada orang...banyak gak kereta ada masa tu, lebih kurang 30 ke 40 biji kereta..berderet-deret....


Pesan kat anak-anak, jangan minum utk elak buang air tapi kan hujan lebat dan sejuk maka asyik amik giliran pi buang air...masa tu kul 4 petang...solat semua dalam kereta, semua guna air bekalan yang makin susut....


Bapak-bapak semua keluar dan bincang sesama mereka dan cuba dapatkan bantuan...kami x tau masa tu why bantuan agak lambat....makanan apa yang ada, tadi sempat beli di Mersing boleh la buat alas perut...


Masa tu sebelah kanan kiri kebun sawit, yang sebelah kanan agak rendah dan sudah ditenggelami air, dari belakang pun air naik, depan pun air mulai naik, kak sad dah terpikir kalau air makin naik dan bantuan xde jugak maka kami akan naik bukit sebelah ni...



Masa tunggu bantuan ni, kak sad perasan ada sebuah lori dari arah hadapan ni tersekat dan air semakin naik hingga ke cermin hadapan....ingatkan driver dah sempat larikan diri....rupanya x...masuh ada dalam tu dan lebih membimbangkan, isteri dan anak berusia 6 bulan ada bersama....


Alhamdulilah dengan menggunakan pelampung kanak-kanak dan jaket keselatan yang ada, mereka dapat diselamatkan oleh group kami yang terkandas ni...




Mersing 2021-Banjir di Kahang Kluang (part 2)

 Dah masa untuk check in, maka kami bergerak ke hotel iaitu Merlin Inn yang terletak di atas bukit...

Masa sampai dah start hujan rintik-rintik dan semakin lama semakin lebat dengan angin yang sangat kencang....


Hadapan hotel di seberang jalan lebih kurang 3 km pantai dan kelihatan pokok-pokok kelapa bergoyang tak tentu arah seperti mau tercabut...


Masih PKP dan semua patuh SOP maka pihak hotel tiada menyediakan makanan....maka akak oder Foodpanda malam tu dan juga utk sarapan...


Angin memang kencang dan tiada siapa yang mandi di kolam renang hotel....hanya bila hujan reda sebentar maka ada beberapa tetamu yang mandi tetapi hanya sebentar...


Semalaman angin kuat dan pagi tu hujan dah reda tetapi cuaca masih mendung...


Macam biasa lepak di bilik sampai jam 12 dan check out....plan nak gerak balik ke kampung...singgah ke jalan tepi pantai, beli sata, kopok sebab nak makan-makan bersama keluarga...anggaran sampai kampung dalam pukul 4 petang....


tapi..........



Mersing 2021-kenangan banjir di Kahang Kluang (part 1)

Assalamualaikum 




Simpan sini sebagai kenangan 



Lama kisah ni berlaku.... 



Sejak PKP dan PKP lagi dan tamat akak tak kuar lagi dari rumah.. 

barang dapur semua guna grab atau panda... 



Hingga pada suatu hari suami dan anak-anak pujuk dan siap tempahkan hotel maka kami bergerak ke Mersing pagi-pagi dan sampai masih awal lagi maka kami putuskan untuk ke pantai Air Papan 


Cuaca sangat cerah dan tiba-tiba mendung tetapi masih angin kencang... 

Kami rancang nak buka khemah pun tak berani sebab angin terlalu kuat... macam nak terbang pakaian kami..

.akhirnya buka bonet dan makan bekalan dalam kereta sebab takut diterbangkan angin.... 



Tapi tu keadaan biasa hujung tahun ke awal tahun...
Nampak tak angin sangat kuat...

sakit

 Assalamualaikum....


Tak tahu mana nak mula, dan bila sakit ni datang...


susah nak cakap...


tiba-tiba kak sad rasa jantung berdebar-debar...

susah nak tidur 

tidur tapi macam sering terjaga...

1 hari tu kak sad ajak suami pi buat full body checkup

pi berurut, tapi badan makin lemah...

nak jalan pun tak larat...

melepek je hari-hari...

perasaan tak nak pi keje...



tak nak  naik kereta...

ada satu perasaan yang sangat mencemaskan bila nak kua rumah...


perut sentiasa tak sedap....



kak sad akan pi kerja dan bila habis kelas, cepat-cepat balik....gelisah tak tentu pasal....



full body check up kak sad buat, Alhamdulilah semua normal...


pelik kan, nape masih x kuat lagi....bila perasaan cemas tu datang, semua kerja tak boleh buat...


hingga satu masa kakak ipar singgah umah dari rumah anaknya, bila melihat wajah kak sad, dia terus tanya....x tido ke...dia nampak muka akak ni rasanya macam orang berbulan-bulan tak tido....


kakak ipar nak balik kampung semula, dan akan ikhtiarkan ubatan tradisional...


Kakak ipar kirim ubatan berupa  sebotol air, bunga beberapa jenis dan sekeping kertas fotostet berupa potongan ayat beberapa surah yang biasa kita baca....amalkan dalam satu minggu, kak sad pun try dan dengan izin Allah akak sembuh perlahan-lahan...tetapi gelisah tu kadang-kadang datang dan kak sad kena lawan...


Banyakkan zikir, lawan perasaan risau dan gelisah bila tau akan datang....dan ia akan datang juga bila-bila masa....


Sampai sekarang....lawan tetap lawan...semoga Allah berikan kak sad kekuatan menghadapi ujian ini....aamiin

hargai nikmat sihat sebelum sakit...