Monday 26 November 2018

CHOCOLATE MOIST CUPCAKE WITH CHOCOLATE GANACHE


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula kastor
250g mentega
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
*Bahan disatukan dan dimasak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
* masak sehingga gula cair dengan api perlahan dan selepas itu sejukkan. setelah sejuk masukkan susu cair dan kacau sebati
Cara penyediaan:
1. Sediakan acuan
2. Panaskan oven 15 minit pada suhu 180 *C
3. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga betul-betul sebati
5. Masukkan esen vanila
6. Masukkan tepung berselang seli dengan bahan cecair, mula tepung dan diakhiri dengan tepung
7.Masukkan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
8.Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak
Chocolate Ganache
500g dark compound chocolate
250g UHT whipping cream
Cara penyediaan:
1. Panaskan UHT whipping cream dengan kaedah double boiled
2. Masukkan coklat dan kacau sebati. Biar sehingga sejuk
3. Boleh terus curah atas kek dan hias mengikut citarasa masing-masing
3. Ganache yang sejuk boleh diletakkan di dalam chiller sekurang-kurangnya 3 -4 jam dan keluarkan. Pukul sehingga gebu dan boleh dipaipkan di atas kek.

No comments: