Wednesday, 28 November 2018

Kek Coklat Moist Lagi dengan hard Ganache

Kek ni dah ramai yang order
Mungkin tengok coklat yang ditabur di atasny
InshaAllah sedap
Yummy!
Oder dari anak buah sempena jamuan akhir tahun sekolahnya

Kek Coklat Moist Lazattttt

Assalamualaikum dan selamat petang

Dah macam panda ni
malam takde karen tiba-tiba
Ada 3 biji kek nak kena buat
Tak ada buat apa-apa pulak
Alhamdulilah pukul 9.30 letrik ada
Maka singsing lengan
Alhamdulilah jugak Maryam dah lena
harap harap sampai pagi

Pukul 12 dah tak larat
Kunci jam 3.30 pagi
Boleh mimpi dah buat kek
Tiba-tiba mixer rosak
Terbangun
Rupa-rupanya kek x siap lagi
Tengok jam henpon 4.40 pagi
Apalagi macam lipas kudung
Dengan hand mixer rosak...kek karemal pelangi x siap apa
Belum deco kek coklat
Belum masak bubur Maryam
Huh!
Kul 7.00 by hook or by crook kena keluar
Alhamdulilah
Siap deco cake...bubur Maryam...iron baju
Bersiap ke tempat kerja
Sampai umah pengasuh pukul 7.05 minit
Alhamdulilah


So ramai tanya macamana saya boleh kurus?

Tengok la aktiviti seharian
Kaki macam nak tercabut
Mata jadi mata panda
Apa-apapun itu semua pilihan
Alhamdulilah...

Yummy!
Memang sedap!
kali ke berapa ntah
InsyaAllah sedap
Alhamdulilah rezeki


Tuesday, 27 November 2018

POTATO WEDGES SEDAP!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


Tak tau jugak na masak apa
Tengok-tengok kat dapur
Ada beberapa biji kentang
Alahmdulilah
Alla bagi ilham
Maka jadilah  Kentang Goreng!
Anak tanya "Mana cheese?"   Hihihihi


4 biji kentang dikupas kulit dan dicuci...rebus 3 minit...
masukkan dlm air sejuk dan tos
Setengah cawan tepung gandum
Setengah cawan tepung beras
Sedikit garam
Perasa jika suka
Nak lagi senang beli tepung serbaguna
Bancuh dengan air secukupnya

Celup kentang dlm bancuhan tepung dan goreng

SIAP!


CUCUR KENTANG SEDAP!



Pagi-pagi dok pikir nak masak apa
Bekal anak ke sekolah
Alhamdulilah
Allah bagi ilham
Maka terjadilah Cucur Kentang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:
1 biji kentang kupas kulit cuci dan potong dadu kecil
1 biji bawang besar potong dadu kecil
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Segenggam bilis kopek cuci bersih
Air agak2
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Campur semua bahan
Gaul rata tak pekat x cair
Biar dlm 5-10   minit
Goreng sehingga masak
Angkat dann tos
SIAP!

Monday, 26 November 2018

Kebun (1)


Minat sangat bercucuk tanam ni
Tak pernah tak suka
Kalau takde kat opis sini la tempatnya
Boleh tahan 2 hingga 3 jam sehari




Pokok Belimbing Buluh
Pokok Pisang
Bendi, Stevia, Min
Serai
Bendi lagi, lemon, cekur
Betik pun ado
Pokok Pisang
Dah berbuah
Pokok limau kasturi

Benih cili basuh dan keringkan
Biji benih labu


CHOCOLATE MOIST CUPCAKE WITH CHOCOLATE GANACHE


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula kastor
250g mentega
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
*Bahan disatukan dan dimasak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
* masak sehingga gula cair dengan api perlahan dan selepas itu sejukkan. setelah sejuk masukkan susu cair dan kacau sebati
Cara penyediaan:
1. Sediakan acuan
2. Panaskan oven 15 minit pada suhu 180 *C
3. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga betul-betul sebati
5. Masukkan esen vanila
6. Masukkan tepung berselang seli dengan bahan cecair, mula tepung dan diakhiri dengan tepung
7.Masukkan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
8.Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak
Chocolate Ganache
500g dark compound chocolate
250g UHT whipping cream
Cara penyediaan:
1. Panaskan UHT whipping cream dengan kaedah double boiled
2. Masukkan coklat dan kacau sebati. Biar sehingga sejuk
3. Boleh terus curah atas kek dan hias mengikut citarasa masing-masing
3. Ganache yang sejuk boleh diletakkan di dalam chiller sekurang-kurangnya 3 -4 jam dan keluarkan. Pukul sehingga gebu dan boleh dipaipkan di atas kek.

Marble Butter Cup Cake


Bahan-bahan:
250g mentega
220g tepung naik sendiri
180g gula kastor (saya guna 160g)
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
setengah Cawan susu segar atau cair
1 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu makan jus lemon
2 sudu makan serbuk koko
Cara penyediaan:
Pukul mentega dan gula hingga kembang
Masukkan telur 1 minit tiap 1 pukul sehingga sebati
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung selang seli dengan susu...mula tepung akhir sekali tepung
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 bahagian campur dengan parutan kulit lemon dan jus lemon
1 bahagian campur dengan serbuk koko dan kacau sebati
Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan mulakan dengan adunan lemon kemudian adunan coklat
Bakar dalam oven suhu 180°C selama 20 ke 25 minit bergantung oven masing-masing
SELAMAT MENCUBA!

Kenangan 2018 (2)

Tahun ni tak semuanya tak ok
Ada yang ok
Contohnya dapat baby baharu...yeay!
Setelah 7 tahun...tahun ni 28 Mac 2018 lahirlah Maryam
Alhamdulilah
Tujuh tahun!
Ye
Arwah Mak dan Abah tak dapat tengok cucunya yang ke 9!
Arwah mak sempat
Sempat bagi mak cium maryam beberapa hari sebelum mak pergi
Alhamdulilah
Sempat juga potongkan kuku jari kaki mak
Kebetulan Jumaat
Sampai kampung pukul 3 petang...tengok kuku kaki mak panjang
Ambik pengetip....ketip la
dia huluir jari tangan...oh pendek lagi
2 hari kemudian mak meninggal masa ucu dan mak andak bagi makan sarapan
Tapi beberapa hari sebelum atau seminggu sebelum
Dah rasa mak aka pergi
Tak sampai hati nak beritahu adik beradik
Tapi instinct saya selalunya betul

Ye la
Redha
Ikhlaskan
Move On!

KENANGAN 2018 (1)

Tahun ni banyak betul dugaan
Siapalah kita nak kata apa-apa
Allah punya kuasa
18 Januari 2018 tarikh paling saya ingat
Mak Pak Metua meninggal serentak
Sampai rumah hanya melihat 2 kujur tubuh sudah siap kapan tunggu disolatkan
Pertama kali melihat airmata suami menitik
Tu je la
Tabahnya dia
Nak cerita panjang sangat
Sedih tapi ada bahagia
Mereka sangat bahagia sehingga ke akhir hayat
Tak tau la siapa yang pergi dulu
Mak mertua memang menghidap kencing manis tetapi tidak terlantar
Abah mertua terlantar kira-kira dua tahun
Meninggal mungkin masa yang sama
Waallua'lam
Tenang la wahai emak dan abah
Saya selalu merindui kalian

2 Sept 2018
Mak pulak menyusul
Allah perkenankan doa
Nak mengadap mak bila dia kembali kepada Pencipta
Dapat mandikan, kapankan, celakkan, solatkan hantar ke perkuburan
Alhamdulilah
Maryam si bongsu sangat memahami
Walaupun 6 bulan usianya tidak meragam
Mengikut ibunya ini ke mana-mana
Alhamdlilah

Mak Bapak, Emak dan Abah 
Tenanglah di sana
Di alam Barzakh
Doa anakmu ini sentiasa ada
Kiriman Al Fatihah tak akan dilupa....

Al-Fatihah