Saturday 27 February 2016

Sambal goreng udang yummy


Resepi kegemaran anak-anak jugak..semudah ABC!

Bahan-bahan:

2 keping tempe (potong bentuk segi empat tepat dan goreng sehingga garing)
2 keping tauhu (potong bentuk segi empat tepat dan goreng sehingga garing)
2 biji kentang (potong bentuk segi empat tepat dan goreng sehingga garing)
15 ekor udang saiz sederhan (buang kulit dan tinggalkan ekor sahaja)
2 helai kacang panjang
2 ulas bawang putih (hiris halus)
2 biji bawang besar (hiris)
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat (untuk warna)


Cara Penyediaan:

Panaskan 1 sudu minyak
Bila dah panas, goreng udang sehingga separuh masak angkat dan toskan
Guna minyak yang sama, tambah 2 sudu makan minyak masak
Bila dah panas tumis bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan cili dan kacau seketika
Masukkan udang, kacang panjang dan bahan-bahan yang sudah digoeng.
Masukkan semua sos dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.... Siap!

No comments: