Wednesday, February 24, 2016

Resepi sambal goreng sedap sangat...resepi turun temurun...

Mak ai..tajuk tak hagak2..nak suruh orang baca la gamaknya kuikui..


Akk pun pelik...nape gambar ni kecik je...

korang kena tengok dekat-dekat gamaknya

Resepi la terus

bahan-bahan:

Kentang anggaran 4 biji (potong dadu dan goreng...toskan minyaknya)
Segenggam ikan bilis (yang elok, belah dan bersihkan dan goreng garing)
2 biji Bawang besar (hiris)
2 ulas Bawang putih (hiris)
2 tangkai cili hijau (hiris bulat)
Cili padi ikut suka (hiris bulat)
Minyak secukupnya


Cara penyediaan:

Panaskan minyak.. dalam 4 sudu makan untuk menumis
Masukkan bawang yang telah dihiris tumis hingga wangi...
Masukkan cili. tumis lagi
Agak-agak cili dah garing, masukkan kentang dan akhir sekali masukkan ikan bilis.
Dah siap!
Nak campak sikit petai pun boleh, kalau suka!
Nak sedap lagi curah kicap manis atau lemak manis....memang makan menambah-nambah la korang nanti.


No comments: