Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bagaimana nak kumulakan cerita ini? Rasanya banyak idea yang
sedang bergolak dalam pemikiranku saat ini. Terlalu banyak sehingga aku tidak
tahu mana nak mula. Ok kita mulakan dari bangun tidur pagi ini. Ah macam tidak
seronok pula. Ok kita mulakan dengan mula-mula aku kerja di sini. Alamak macam
tak seronok juga. Mula aku kenal mak dan bapak. Panjangnya. Takut tak
habis-habis kumenaip cerita 39 tahun itu.
Aku sering melihat kejayaan demi kejayaan orang lain.
Terdetik di dalam hati. Wah seronoknya mereka kan. Tapi ye lah kita kan sudah
ditentukan semua rezeki, jodoh maut semua. Apalah aku ini. Positif sedikit.
Cerita-cerita mereka sedikit sebanyak mengusik dan menggetarkan tangkai hatiku
ini. Apa yang kau cari? Tiba-tiba persoalan ini menerjah dalam kotak hati. Kau
sepatutnya bangga apa yang kau lakukan saat ini. Bersyukur dengan apa yang
Allah telah beri selama 39 tahun ini. Oh, aku tak pasti berapa lama dan
panjangnya mukadimah ceritaku ini. Yang pasti akan aku taip bait demi bait ayat
mengikut apa yang terlintas dalam hati.
Perjalanan hidup kita telah ditentukan dan
tersurat. Laluinya sahaja. Seperti yang kau lalui sekarang. Ya lah aku sedang
melaluinya sekarang. Oh ya lupa hendak kuberitahu. Hari-hariku semakin sibuk
semenjak aku menjalankan praktikumku ini. Minggu pertama buat aku kelam kabut.
Urusan anak-anak sekolah dan suami. Petang pula aku akan berkejar ke pusat
pengajianku untuk menghabiskan 60 kredit ini. Kelas habis lewat maka aku akan
sampai di rumah lewat jugak. Ada cerita lucu semalam. Tergelak kecil aku semasa
menaip ni. Rasa hatiku digeletek-geletek. Lucu. Seperti pelajar lain, aku
mencari tempat meletak kenderaan yang paling hampir dengan bilik kuliahh. Ah,
masuk sahajalah di sini. Baru hendak membuka pintu kereta. Chit, najis burung
tiba-tiba jatuh dan kena tepat di belakang tangan. Alamak. Malangnya. Aku ambil
air dan cuci di situ dan cepat-cepat beredar. Lagi lama di siti lagi seram.
Takut-takut kena sedas lagi. Ampun. Akupun terkedek-kedek dengan membawa
computer riba di belakang, menjinjing bag buku, sebelah tangan membawa beberapa
buah buku, sebab junior nak pinjam dan sedikit biskut dan air untuk pensyarah
dan rakan-rakan. Bayangkan. Sampai simpang nak ke bangunan di mana kuliahku
akan berlangsung, tiba-tiba aku terserempak dua orang pegawai trafik baru
memberhentikan kenderaan dan menanggalkan topi keledar. Aku jeling guna ekor
mata sambil dalam hati berkata-kata. Alamak sekali lagi. Saman. Susahnya. Tidak
mengapalah saman pun saman la. Terus ke kelas. Letak barang-barang dan pergi
tandas sebab nak basuh beg aku yang terkena percikan najis burung tadi. Huh!
Banyak betul ujian kan. Eh! Apa aku nak cerita ni. Kan aku dah cakap tadi. Aku
tak tau nak mula kat mana.
No comments:
Post a Comment