Monday, 27 June 2016

Masuk kerja semula!!!!

26 Jun 2016
 Setelah 21 bulan cuti belajar, maka hari ni secara rasminya aku masuk kerja semula. Hari pertama bekerja sukar nak digambarkan. Rasanya duduk di rumah adalah lebih baik perasaanya. Walaupun masa penuh dengan aktiviti suri rumah. Memasak, membasuh kain, mengemas rumah telah menjadi rutin. Tapi jika diberi pilihan nak duduk rumah. Pagi hantar anak ke sekolah. Memasak dan mengemas rumah. Ambil anak dari sekolah dan selepas itu tidur. Menonton tv, studi lepas tu aktiviti bebas. Tunggu hubby dan anak-anak balik dari sekolah dan tempat kerja. Seronok amat.

Wake up sadiah!...now semua tu dah berlalu...kerja!...no berangan-berangan lagi...chill! relaks je... hadapi dengan tenang. kawan semua orang. be positif...teringat pulak pesan Datuk T @ Prof T...sentiasa berfikiran positif dan jangan judgemental orang sebelum kita kenal rapat orang tu...Ahhhhhhhhhhhhhhh!..rindu pulak dengan pensyarah aku ni...kelas..hai semua la..kawan2 sekolah haha...rimdu sangat...gelak2..stress time buat assignment...tapi abes semester..yahooooooo!....tunggu reslut macam sekarang...nebes pulak...tapi paper yang target dapat B+ je dapat ok....A- Alhamdulilah...TQ Allah...tq dr Aqeel....

Tuesday, 1 March 2016

RESEPI IKAN MASAM MANIS

Assalamulaikum dan salam sejahtera




Ini adalah menu paling disukai hubby....nak-nak bila bulan buasa...lauk ini sahaja sudah mencukupi selain tomyam dan nasi panas... memang pasangan yang serasi.




Apa lagi kita tengok resepinya:


Bahan-bahan:

Seekor ikan siakap (siang bersih dan perapkan kunyit dan garam secukup rasa)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
2 inci halia (cincang halus)
2 biji tomato (buang biji dan potong dadu kecil)
10 biji cili padi( hiris kasar)
1/2 biji cili benggala merah/ hijau/ kuning (potong dadu kecil)
1 pokok daun ketmbar (hiris kasar)
4 sudu makan jus limau kasturi
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
gula dan garam secukup rasa


Cara penyediaan:

Goreng garing ikan yang telah diperap
Panaskan 4 sudu makan minyak masak
Masukkan halia, goreng sehingga garing
Masukkan bawang putih dan cili, tumis hingga layu
Masukkan cili benggala dan sos serta air limau kasturi.
Masukkan separuh daun ketumbar dan tomato.
Tambahkan air jika terlalu kering...nak kuah banyak, tambah air panas sedikit.
Jika dah mendidih boleh dicurah ke atas ikan dan tabur separuh lagi daun ketumbar untuk hiasan
Dah siap!


Saturday, 27 February 2016

Sambal goreng udang yummy


Resepi kegemaran anak-anak jugak..semudah ABC!

Bahan-bahan:

2 keping tempe (potong bentuk segi empat tepat dan goreng sehingga garing)
2 keping tauhu (potong bentuk segi empat tepat dan goreng sehingga garing)
2 biji kentang (potong bentuk segi empat tepat dan goreng sehingga garing)
15 ekor udang saiz sederhan (buang kulit dan tinggalkan ekor sahaja)
2 helai kacang panjang
2 ulas bawang putih (hiris halus)
2 biji bawang besar (hiris)
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat (untuk warna)


Cara Penyediaan:

Panaskan 1 sudu minyak
Bila dah panas, goreng udang sehingga separuh masak angkat dan toskan
Guna minyak yang sama, tambah 2 sudu makan minyak masak
Bila dah panas tumis bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan cili dan kacau seketika
Masukkan udang, kacang panjang dan bahan-bahan yang sudah digoeng.
Masukkan semua sos dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.... Siap!

n3 hari ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa kabar semua?

Harapanku semua sihat walafiat

Hari praktikum minggu kedua. Alhmadulilah


Hari ini pertama kali sejak aku bergelar pelajar tak dapat hadir kelas selain sakit.


Hubby berkursus di luar daerah


Aku kena ambik anak-anak sekolah.


Anak-anak pasti gembira dan tak sabar nak tunggu waktu balik sekolah


Hari ni sepatutnya aku pergi kelas kat UTM...career development dengan Dr Aqeel.... apakan daya... aku dah text dia di atas ketidakhadiranku...dan dia memang baik dan sangat memahami. Thanks Dr.



Biasa kalau ada kelas balik kompem sampai rumah lepas maghrib....



Nak ajak diaorg keluar sekejap beli selipar sarah, tudung minhalina dan si kecik mesti nak barang jugak. Huh!


Apala marissa pow aku ek...alamak...jangan la mainan lagi....tunggu je la ptg ni





Wednesday, 24 February 2016

Resepi sambal goreng sedap sangat...resepi turun temurun...

Mak ai..tajuk tak hagak2..nak suruh orang baca la gamaknya kuikui..


Akk pun pelik...nape gambar ni kecik je...

korang kena tengok dekat-dekat gamaknya

Resepi la terus

bahan-bahan:

Kentang anggaran 4 biji (potong dadu dan goreng...toskan minyaknya)
Segenggam ikan bilis (yang elok, belah dan bersihkan dan goreng garing)
2 biji Bawang besar (hiris)
2 ulas Bawang putih (hiris)
2 tangkai cili hijau (hiris bulat)
Cili padi ikut suka (hiris bulat)
Minyak secukupnya


Cara penyediaan:

Panaskan minyak.. dalam 4 sudu makan untuk menumis
Masukkan bawang yang telah dihiris tumis hingga wangi...
Masukkan cili. tumis lagi
Agak-agak cili dah garing, masukkan kentang dan akhir sekali masukkan ikan bilis.
Dah siap!
Nak campak sikit petai pun boleh, kalau suka!
Nak sedap lagi curah kicap manis atau lemak manis....memang makan menambah-nambah la korang nanti.


N3 terkini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Bagaimana nak kumulakan cerita ini? Rasanya banyak idea yang sedang bergolak dalam pemikiranku saat ini. Terlalu banyak sehingga aku tidak tahu mana nak mula. Ok kita mulakan dari bangun tidur pagi ini. Ah macam tidak seronok pula. Ok kita mulakan dengan mula-mula aku kerja di sini. Alamak macam tak seronok juga. Mula aku kenal mak dan bapak. Panjangnya. Takut tak habis-habis kumenaip cerita 39 tahun itu.

Aku sering melihat kejayaan demi kejayaan orang lain. Terdetik di dalam hati. Wah seronoknya mereka kan. Tapi ye lah kita kan sudah ditentukan semua rezeki, jodoh maut semua. Apalah aku ini. Positif sedikit. Cerita-cerita mereka sedikit sebanyak mengusik dan menggetarkan tangkai hatiku ini. Apa yang kau cari? Tiba-tiba persoalan ini menerjah dalam kotak hati. Kau sepatutnya bangga apa yang kau lakukan saat ini. Bersyukur dengan apa yang Allah telah beri selama 39 tahun ini. Oh, aku tak pasti berapa lama dan panjangnya mukadimah ceritaku ini. Yang pasti akan aku taip bait demi bait ayat mengikut apa yang terlintas dalam hati.

Perjalanan hidup kita telah ditentukan dan tersurat. Laluinya sahaja. Seperti yang kau lalui sekarang. Ya lah aku sedang melaluinya sekarang. Oh ya lupa hendak kuberitahu. Hari-hariku semakin sibuk semenjak aku menjalankan praktikumku ini. Minggu pertama buat aku kelam kabut. Urusan anak-anak sekolah dan suami. Petang pula aku akan berkejar ke pusat pengajianku untuk menghabiskan 60 kredit ini. Kelas habis lewat maka aku akan sampai di rumah lewat jugak. Ada cerita lucu semalam. Tergelak kecil aku semasa menaip ni. Rasa hatiku digeletek-geletek. Lucu. Seperti pelajar lain, aku mencari tempat meletak kenderaan yang paling hampir dengan bilik kuliahh. Ah, masuk sahajalah di sini. Baru hendak membuka pintu kereta. Chit, najis burung tiba-tiba jatuh dan kena tepat di belakang tangan. Alamak. Malangnya. Aku ambil air dan cuci di situ dan cepat-cepat beredar. Lagi lama di siti lagi seram. Takut-takut kena sedas lagi. Ampun. Akupun terkedek-kedek dengan membawa computer riba di belakang, menjinjing bag buku, sebelah tangan membawa beberapa buah buku, sebab junior nak pinjam dan sedikit biskut dan air untuk pensyarah dan rakan-rakan. Bayangkan. Sampai simpang nak ke bangunan di mana kuliahku akan berlangsung, tiba-tiba aku terserempak dua orang pegawai trafik baru memberhentikan kenderaan dan menanggalkan topi keledar. Aku jeling guna ekor mata sambil dalam hati berkata-kata. Alamak sekali lagi. Saman. Susahnya. Tidak mengapalah saman pun saman la. Terus ke kelas. Letak barang-barang dan pergi tandas sebab nak basuh beg aku yang terkena percikan najis burung tadi. Huh! Banyak betul ujian kan. Eh! Apa aku nak cerita ni. Kan aku dah cakap tadi. Aku tak tau nak mula kat mana.