Monday, June 2, 2014

Menjadi GURU PENDIDIKAN KHAS(pt 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Setelah tamat 3 tahun belajar di UKM dalam bidang pendidikan khas, 19 Jun 2000, aku dikehendaki melapor diri ke Politeknik Johor Bahru (PJB)....sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan(PIS)...


Diam tak diam dah dekat genap 14 tahun aku kat sini...merasai pahit getir mengajar pelajar masalah pendengaran bidang hotel dan katering...

Rasanya dah berpuluh anak didik aku...ramai dah kahwin dan ramai jugak yang dan beranak pinak....alhamdulilah....terima kasih Allah.....


Mereka sumber inspirasi, walaupun kadang-kadang mendapat cemuhan aku redha...sebahagiannya aku jadikan saham akhirat...banyak pahala mendidik mereka...aku sangat sayangkan mereka....seperti anak sendiri kuanggap mereka...

Ingatan buat kawan-kawan, jangan dihina mereka, mereka juga ada perasaan....setelah dekat 14 tahun bergelumang dengan mereka, segala masalah mereka adalah masalah aku juga...bak kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri terasa"...
dalam kelas masakan timur

dalam kelas teori

pembentangan

kelab mesra alam

kelab mesra alam 

di rumah Nur Ehsan

hari konvokesyen

jamuan kelas akhir semester



No comments: