Monday, July 29, 2013

Dalam perjalanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang ada membaca blogku ini....sempena Ramadhan yang mulia ini aku ingin kongsikan suatu cerita yang rasanya sangat-sangat aku hargai..

Sedang aku memilih bawang di sebuah pasaraya aku disapa oleh seorang pakcik atau atok dari pandangan mata kasarku rasanya lingkungan 60-an, sedang memilih bawang dengan begitu teliti..

pakcik:        "bawang ni pun kena pilih elok-elok, murah ni hari ni.semalam RM5.90"
aku:             sambil mengerling ke arah tanda harga," Oh, ok.."
pakcik:        "beli barang ni bukan boleh beli aje, kena tengok harganya...orang Melayu ni masa nak raya ni
                    belanja macam-macam, konon setahun sekali, jangan macam tu nak.duit guna bebaik."
aku:              terus pilih bawang."Ye la pakcik belanja ala kadar je. Pakcik dari mana?"
pakcik:        "Plentong. Tinjau barang."
aku:             "Jauh jugak.Isteri tak ikut sekali?"
pakcik:        "Tak.dia tak nak. Tu suami ke?berapa bini?dua ke?"
aku:             sentap aku! Pakcik ni.{dalam hati}
pakcik:        "Gurau nak.Maaf ea.Betul la dua, tu kereta dia.kalau tak ada boleh patah kaki.gurau je                                   nak,puasa ni.hahahaha.Pakcik ni pesara BOMBA.umur dah 84 tahun, isteri pakcik 71.
aku:             "Tak pe la pakcik.saya ok.(wah! pakcik ni nampak muda)"
pakcik:         Pakcik ni tak macam anak, duit banyak.pakcik ni naik bas je
aku:              Alhamdulilah, amin..

Sebenarnya apa yang nak aku ketengahkan di sini adalah:

Kita semua kena berbelanja secara berhemah. Jangan berlebih-lebihan. Takut-takut habis raya nganga je...beli langsir baharu, karpet baharu, sofa baharu...ikut kemampuan dan sentiasa beringat. Selalu bila tengah makan, aku terfikir golongan yang kurang berkemampuan, apa yang mereka makan untuk berbuka yea. AKu dan suami selalu mendidik anak-anak secara bersederhana iaitu makan apa yang ada dan jangan berlebih-lebih. Di Malaysia ni pun masih ada orang miskin. Tontonlah BERSAMAMU...rasanya kalau kita bukan dari golongan susah memang tak boleh nak bayangkan macamana keadaannya mereka yang kurang bernasib baik ni. Alhamdulilah aku sudah pernah mengalami keadaan yang sebegitu.  

Sedikit TIPS sebelum berbelanja:(ini adalah apa yang aku praktikkan selama ini dan merupakan pendapat peribadi)
1. Senaraikan semua barang yang hendak dibeli. Pastikan buat housekeeping sedikit iaitu periksa barangan yang masih ada di dalam simpanan.
2. Jangan bawa duit berlebihan. Pastikan guna tunai. Elakkan membawa kad kredit (bagi mereka yang tidak pandai menguruskan kad kredit).
3. Pergi terus ke tempat yang dituju. Elakkan daripada singgah di tempat-tempat yang bukan tujuan utama.
4. Cekalkan hati dan jangan terpengaruh dengan iklan jualan murah.
5. Simpan resit untuk semakan.
6. Jangan membazir terutama pada musim perayaan.

No comments: