Wednesday, 26 June 2013

Ayam Goreng Kunyit


Tak tau nak masak apa...bagi yang bekerjaya seperti aku ni masak campak-campak je yang pasti anak-anak dan suami suka...

Bahan-bahan
2 ketul dada ayam(atau bahagian daging)
Kunyit tak kisah hidup atau serbuk
2 biji cili hijau potong serong
2 ulas bawang putih diketuk
4 batang kacang panjang...potong agak-agak 1inci
nyum...nyum
1 atau dua biji bawang besar hiris kasar atau bulat-bulat
cepat je habis...
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada hitam
Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:
Dada ayam potong kiub dan perap dengan garam, kunyit dan lada hitam secukup rasa dan goreng Panaskan 2 sudu makan minyak masak, masukkan bawang putih, bawang merah dan cili hijau...hampir layu...masukkan kacang panjang, lastly ayam...perasakan dengan garam sedikit sahaja dan gula  sebab ayam dah perap dengan garam. Boleh dimakan terus....campur nasik panas lagik sedapppp.


Friday, 21 June 2013

Nape kena balik kampung?

Kena balik sebab:

  1. Aku memang suka sangat balik sebab mak aku ada lagi
  2. Anak-anak aku pun suka sangat duk kampung, halaman luas dapat main basikal
  3. Aku pun nak tolong mandikan mak walaupun sekali sekala, yelah mak aku kan tak berapa kuat nak jalan...tapi alhamdulilah dia tak ada sakit kronik
  4. Aku suka bersihkan halaman rumah dan bakar sampah...huhu now jerebu tak boleh!
  5. Release tensen sebab rumah aku pedalaman, so senyap dan sunyi....malam pulak sejuk sangat....tidur lena 
  6. Aku memang suka nak balik, memang suka sangat....rasanya macam makan Tutti Fruitty masa cuaca panas terik.
  7. Hubby pun suka nak balik jugak...rumah dia pun dekat dengan rumah aku hihihi...

Thursday, 20 June 2013

Kek coklat moist lagik

Pada minggu lepas ada order dari 2 orang kakak-kakakku untuk membuat cupcake. Andak mintak cupcake coklat sempena bufday anak buahku si Aiman yang ke-9 dan Kak Nor mintak untuk disumbangkan kepada anak jirannya yang menyambut bufday ke-6 tahun..dalam sibuk melayan anak-anak terutama Marissa yang kejap-kejap nak nenen...huh sukar rasanya...nasib baik hubby sangat memahami minat isterinya ini...lalu dibawa Marissa jalan-jalan naik motor...akhirnya Alhamdulilah siaplah juga kek-kek mereka...



Wednesday, 19 June 2013

Sambal telur carak ala Jawa

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Dah dari nama pun orang tau Jawa...jadi banyak cara hidupku yang dipengaruhi oleh budaya Jawa...aku bangga sebenarnya...Mak orang Jawa tapi dah generasi kedua yang datang dari Pulau Jawa...tapi Arwah Bapak memang orang Jawa dari Tanah Jawa Indonesia...Bapak ada cerita yang dolu-dolu dia datang naik bot masa umor dia baru belasan tahun...teroka tanah di sini...

Panjang betul mukadimah aku ni....masa dolu-dolu jugak Arwah nenek atau mbah aku ni ada buat minyak yang dipanggil minyak endok(telur) menggunakan kuning telur dan ada bahan-bahan lain yang aku pun tak tau dan tak pernah ambik tau...menyesal jugak tak tuntut ilmu...kalau tak kan boleh jadi penyambung warisan.

Dan biasanya telur putih tak guna... daripada membazir...mbah akan buat sambal telur carak...aku pun kerap buat sebab hubby sangat suka...lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas.

Kat sini aku baharu dapat idea bernas iaitu akan berkongsi makanan Jawa yang aku biasa makan sampai la ni...banyak dipengaruhi budaya Jawa ea

Bahan-bahan
2 biji telur
*6-7 biji cili padi (ikut suka la kalau nak pedas tambah la lagi)
*1 biji bawang besar /3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*segenggam ikan bilis yang dibersihkan
minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
Tumbuk bahan bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai agak-agak garing dan wangi. Masukkan telur dan kacau sampai hancur...akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa...nak kuah sikit tambahlah air masak dalam 3 sudu besar...banyak sangat tak sedap pulak huhuhu...

Sangat dialu-alukan untuk dicuba sebab memang sedap apalagi kalau makan dengan nasi panas atau lempeng hishhhh memang meletop!

                              

Nasi Ayam, Ayam Goreng Segera

Semalam macam aku nak try buat nasi ayam...nasinya je, sampai umah dah pukul 6 mana sempat nak perap ayam. Jadi aku mengambil keputusan untuk masak nasinya je....trial....ayam?goreng je drumet Ayamas kan senang...nanti lain kali aku buat nasi ayam lengkap weekend ea...InsyaAllah...setelah google dan search banyak blog maka aku buat la nasi ayam aku...tapi bukan 100% ikut resepi asal...banyak bahan tak ada...kalau anda nak cuba yang ori boleh tengok sini





Ni resepi ikut apa yang aku buat semalam..

Nasi
3 cawan beras wangi dicuci
2 helai daun pandan
1 biji bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan mentega atau margerin
1 sudu teh stok pati ayam
1 cawan susu segar

Cara penyediaan:
Bawang putih, bawang merah dan halia dikisar.
Panaskan minyak dan mentega, masuk kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Masuk bahan kisar tumis sehingga wangi, masuk daun pandan, serbuk kunyit stok pati ayam, susu segar dan garam secukup rasa.
Masuk bahan tumis ke dalam beras dan kalau tak cukup air tambah air biasa. Masak macam biasa...Guna ricecooker lagi senang yea adik-adik dan kawan-kawan....biarlah sampai masak...jangan duk godeh-godeh pulak...tak sabar nak rasa kan!

Bahan Sos
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
6 biji limsu kasturi
Gula dan garam ikut citarasa memasing

Cara Penyediaan
Kisar cili merah dan bawang putih dengan air secukupnya.
Masak atas api dan masukkan jus limau kasturi
Masak sampai likat dan perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa...memang mantop
Pas ni memang nak hidangkan kat kampung....hehehe

Resepi ayam...belum cuba...nanti en3 akan datang bila dah try dan dapat hasilnya...terima kasih kepada yang berkenaan yang sudi berkongsi resepi ea...dan tak ada alasan untuk kita ibu-ibu ni kalau cakap tak pandai masak....SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL....Wallahu'alam...

Tuesday, 18 June 2013

Penerapan nilai di kalangan anak-anak

Pada hari Ahad yang lalu sambil menunggu adik dan adik ipar menyiapkan sarapan, biasalah pagi-pagi di kampung...lepas Suboh aku memang akan duk depan tv ngan mak dan adik beradik tengok Motivasi Pagi..sementara anak-anak masih tidur...rasanya tajuknya berkaitan penerapan nilai...oleh Pakar Motivasi tak asing lagi Dr Tengku Ismadi.

Dr Tengku Ismadi menyentuh tentang intergriti jugak...penerapan nilai kepada anak-anak bukan dengan mengharapkan guru-guru di sekolah tetapi sebenarnya tanggungjawab ibubapa dari rumah dan sejak kecil lagi. Anak-anak adalah cermin diri kita sebagai ibubapa sementara kita ini adalah cermin kepada ibubapa kita. Bagaimana pembawaan peribadi anak-anak sangat dipengaruhi oleh peribadi dan tingkahlaku ibubapa sendiri.

Daripada pemerhatian aku sebagai guru selama lebih 13 tahun ni, sangat sedikit pelajar yang mempamerkan nilai yang baik dan mudah diamalkan, contohnya apabila kita membawa barang ke kelas sangat sukar untuk mendapat pertolongan daripada pelajar. Aku selalu berpesan kepada pelajar supaya mereka dapat menjaga tingkahlaku mereka. Aku menekankan bahawa "biarlah rupa kurang tapi perangai atau sikap elok" daripada rupa elok berpelajaran tetapi tiada nilai-nilai diri yang baik.

Ada seorang pelajar khas(pekak)ku yang datang ke rumahku untuk berhari raya sanggup membasuh cawan dan pinggan yang ditinggalkan kawan-kawannya sebelum pulang ke asrama. Beliau menyatakan bahawa tak elok datang rumah orang tanpa membantu untuk mengemas apa yang patut. Wah! ada lagi golongan sebegini kan. Betapa ibubapa pelajar ni telah menjalankan tanggungjawabnya dengan menerapkan nilai yang sangat baik kepada anak mereka walaupun pelajar ni OKU(orang kelainan upaya).

Teringat kepada Mak. Bila hari raya biasanya kami akan ke rumah pak sedara dan mak sedara. Mereka akan menghidangkan makanan. Mak akan pesan semasa di rumah supaya buat apa yang patut bila berada di rumah mereka.Sehingga kini setiap kali pergi rumah sedara mara kami tidak akan lupa membasuh pinggan sebelum pulang. Dan perkara lain yang Mak pesan jangan lupa bawak buah tangan walaupun sebiji gula-gula. Biasanya mak suruh bawak gula, susu dan kopi...macam dah jadi budaya orang Jawa kot kenduri kendara atau ada majlis apa-apa biasanya buah tangan yang sangat selalu dibawa adalah gula, kopi dan susu serta kalau ada kemampuan biskut. Yela orang dulu-dulu bimbang jika tuan rumah tidak berkemampuan dan merasa serba salah menerima kita sebagai tetamu, maka buah tangan itu boleh dijadikan sebagai santapan kita bersama.

Kesimpulannya, kita sebagai ibubapa dan seperti aku seorang guru tiada istilah terlambat untuk menerapkan nilai kepada anak-anak.Jangan sampai anak-anak kita dilabel dengan istilah kurang ajar atau sebagainya atas kealpaan kita menerapkan nilai yang sepatutnya kepada mereka. Wallahu'alam.


Thursday, 13 June 2013

Biskut Dahlia

Sangat popular di Bukit Dahlia dan Taman Dahlia...tak de la gurau je...ngan marah!


Anak aku yang sulung nak makan...sedap katanya...apalagi  google la...buat research sikit...finally DTS aka dapur Mat Gebu jadi mangsa...Thanks Che Mat....sesiapa nak tau resepinya

Ambik peluang masa rehaty, balik rumah...cari bahan-bahan dan akhirnya...siap!

Anda yang nak resepi boleh dapat di SINI






Sambal tu'tuk ala Jawa

Sebenarnya aku macam tak ada masa nak masak belimbing buluh ni. Hubby aku ambik kat opis dia..katanya ada kawan dia bawak....terima kasihlah...
Sedapnya...nyum-nyum

Sedap kalau dapat makan ngan nasi panas....emmmmmm lazat

Tengahari tadi balik...tengok ikan bilis yang kugoreng pagi-pagi tadi dah lemau...aku pun ambik cili padi dan bawang putih terus goreng sekejap....pas tu aku goreng jap belimbing buluh tu dan campak dalam lesung dan  akhirnya...taraaa....



Sedap tak?




Bahan bahan:
Segenggam ikan bilis 
1 ulas bawang putih
10-15 biji cili padi
garam dan gula secukup rasa
belimbing buluh anggaran 2-3 biji (optional)

Cara Penyediaan:
Goreng ikan bilis, bawang putih, cili padi dan belimbing buluh
Tumbuk semua sehingga agak-agak nak lumat(jangan terlalu lumat)
Tambah gula dan garam secukup rasa
Dannnnnnnnnnn
Boleh makan....nyum-nyum...


Monday, 10 June 2013

Anak-anak susuibu





Assalamualaikum dan salam sejahtera...sekadar berkongsi kegembiraanku...


Susuibu dan Aku



Selepas menghadiri kursus dengan MBFPC atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor pada 16 hingga 18 September 2011 di UTM Skudai, maka rasmilah sudah tugas part timer aku sebagai peer counselor ni. Masa tu Marissa lebih kurang 6 bulan umurnya...Ingat nak bawak bersama, namun apa kan daya aku takut tak boleh fokus pada sesi perbincangan yang agak padat...aku tinggalkan mereka bertiga di rumah kakakku di Kulai. sape kata senang kursus ni, seberat tugas yang digalas begitulah padatnya setiap sesi yang biasanya mula pada pukul 8 pagi dan berakhir 6 ptg untuk 3 hari itu. Dan 16 September juga merupakan Hari Malaysia dan juga hari lahir my Hubby...Alhamdulilah aku dikurniakan sorang suami yang sangat-sangat memahami minat dan tugas baru aku ini. Sanggup hantar dan ambik aku sepanjang 3 hari berkursus. Tahniah juga kepada suami-suami rakan-rakan peer caunselor yang lain. Sanggup hantar dan jemput, jaga anak-anak, ada yang datang dari Shah Alam bersama anak beranak...korbankan cuti panjang semata-mata niat yang sangat tulus dan mulus ini. Alhamdulilah.

Dan hakikatnya tugasku sebagai peer caunselor juga bermula. Cabaran dan dugaan memang banyak. Kesukaran untuk mentarbiyah adik beradik dan sedara terdekat amat dirasai..aku yang tidak berusaha atau mereka yang tidak bersedia. Cuba bayangkan kalau adik beradik sendiri tidak dapat mencontohi diri ini....kesian anak mereka yang juga anak-anak sedaraku. Kadang-kadang lebih mudah mentarbiyah orang luar yang tak ada kaitan berbanding sedara sendiri...

Suamiku juga sangat menyokong penyusuan susuibu ini. Dia yang akan menghantar aku ke rumah mereka yang memerlukan, duduk dalam kereta kadang-kadang sampai tertidur bersama anak-anak. Bukan apa sesi kaunseling akan memakan masa.Kadang-kadang lebih 1 jam. Kita asyik membantu sampai tak sedar masa yang berlalu.

Jika ada masa lapang aku akan menambah ilmu pengetahun dengan membaca buku yang berkaitan. Bukan apa jika ada yang bertanya tak lah kita gagap-gagap masa nak jawab tu. Ni antara buku yang aku beli dengan kawan PC jugak..ibu-ibu yang ingin menambah pengetahuan bolehlah baca jugak ea...menyusu pun kena ada ilmu...kena cari...



Sunday, 9 June 2013

Nape Kena Balik Kampung?

Apa yang mak sedang fikirkan ea?


Banyak tempat permainan kat sini...

Tasik Y berlatarbelakangkan gunung
Sebenarnya hampir setiap minggu aku akan pulang ke kampung. Tak jauh tapi gitu gini minyak dan tol pergi balik dalam RM 50 la jugak...tak mahal kan...apalah sangat dengan erti sebuah kasih sayang terhadap seorang ibu yang telah mengandung, melahir dan membesarkan kita...campur 2 orang mertua jadi memang perlulah kami anak beranak pulang ke kampung. Rasanya semua tau nikmatnya dapat pulang ke kampung dan dapat duduk makan bersama keluarga kan.. Heaven! rasanya manis macam makan Tutti Fruitty masa panas terik...huhu walla!
mak dan anakku Minhalina....

Penat memang penat...apatah lagi dah beranak pinak ni...kakak 8 tahun, adik 5 tahun dan si kecik 2 tahun...tapi dek kerana nikmat dapat cium pipi dan tangan mak, aku tak kisah....biasanya anak-anak pun sama hari Jumaat pagi dah cakap..."kita balik kg petang ni ea?"

Mak pun dah dimamah usia...dah tak banyak cakap...Sabtu lepas aku bawak Mak dan Ucu gi jenjalan Tasik Y...ala dekat dengan Sekolah Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) dan jalan ke Hospital Sultanah Nora Ismal AKA Hospital Batu Pahat. Aku lepak kat wakaf sementara Hubby layan anak-anak main taman. Ucu pun sama ajak bebudak yang besar gi pusing-pusing tasik...sangat release tension...huh! tension ke aku...tension la sangat!



Dalam 2 jam lepak, gi pulak makan bariani kat mana? Bariani Power lah...masa kami sampai adalah 2 meja yang ada orang...sementara aku cari port yang sesuai Ucu dan Hubby angkat Mak ngan wheelchairnya....order...aku ngan Ucu oder bariani kambing, Hubby bariani ayam merah, anak-anak bariani ayam biasa sama ngan Mak...nasinya memang banyak...aku ngan Ucu tak habis....Hubby ngan Mak habis! Mak aku boleh habiskan sepinggan penuh...Huh! nak kata apa agaknya....sedap la tu haha...RM67.00 je untuk semua dengan air...berbaloi. Aku duk ngadap belakang kedai, bila pusing belakang....dah penuh semua meja...rata-rata bawak famili, mak ayah...

Balik, aku tertidur dalam keta dengan Marissa di pangkuan. pun tidur jugak...sampai rumah tepat kul 1 petang...pasang kipas...tidur...penat giler...serius...penat giler!

Itulah aku...bahagi 2 rumah ea...kejap gi umah aku, jap lagi umah mertua...dah biasa...tak penat pun...enjoy sangat...rumah aku kat Pasir Gudang dah jadi rumah persinggahan pulak...

Aku rasa duk kat sini tak best la...nape ea?balik-balik AEON, TESCO, GIANT,ECONSAVE....boring kan...Legoland...ntah tak pernah pergi lagi...hubby tak nak...katanya lebih baik balik kampung...sementara ada mak ayah katanya...sementara ada mak ayah!Tak pe jugak tempat-tempat tu penting untuk orang yang jauh kampung halaman kan...kesian mereka...ni aku anak bagitau yang kampung dekat-dekat...nape tak BALIK KAMPUNG HA?

Betul la...tapi kadang-kadang pelik jugak bila ada kengkawan yang berbulan tak balik....ntah2 datuk nenek pun dah tak ingat rupa cucu...tapi tak pe kan dah ada Facebook.tweeter dan banyak lagi...boleh share gambar...tak gitu!

Betul la...ada kengkawan yang dah tak ada mak bapak, macamana la perasaan mereka...tentu boring...

Saja nak share cerita kat korang...balik la sementara ada kampung halaman ea...nikmat sangat...hari ni Isnin, aku tengah berkira-kira bila nak balik...petang Jumaat ke pagi Sabtu?