Tuesday 15 May 2012

Hari Guru 16 Mei 2012 (part 1)

16 Mei 2012...esok hari yang istimewa bagi guru-guru kerana esok merupakan hari keramat bagi mereka....teringat masa sekolah dulu-dulu, mintak duit mak nak beli hadiah untuk guru, tak dapat bagi semua bagi guru kelas saja...hadiah?apa ea?...sabun basuh, sabun mandi, bunga hiasan kat umah pun boleh...kerana kalau tak bagi apa-apa macam ada kekurangan la....tu masa sekolah rendah....bila sekolah menengah ada duit sikit-sikit kumpul beli la bingkai gambar la yang paling murah...cara sambutan pulak buat jamuan hasil daripada kongsi-kongsi rakan sekelas...kenyang la guru-guru masa hari guru...

Sekarang aku dah ada anak, dari bulan lepas dah ingatkan anak supaya simpan duit sikit-sikit buat beli hadiah bukan untuk guru kelas sahaja tetapi semua guru yang mengajar...sebagai tanda pengorbanan guru mendidik anakku...esok atau lusa nak bawak anak ke kedai cenderamata nak dia pilih sendiri hadiah untuk gurunya...yang pasti guna duit tabung dia sendiri ea...


Sambutan hari sekolah anak aku hari Jumaat ni....macam nak buat kek atau muffin la...ok gak ea


No comments: