Thursday 3 May 2012

Emak, Ibu, Umi, Mama

Boleh dikatakan setiap hujung minggu aku dan suami akan pulang ke kampung. Petang jumaat lepas office hour cabuttttttttt. kalau tak balik, rasa seperti ada kekurangan di mana-mana. Hari Sabtu pastinya membosankan di Pasir Gudang ni bagi orang seperti aku yang kampung halamannya sekangkang kera... Parit Raja. Alhamdulilah suami pun sebelah kampung je...giliran rumah mana yang nak disinggah dulu selalunya dibincangkan sebelum balik. Mula-mula dulu sukar jugak maklumla sapa yang tak nak balik rumah sendiri dulu kan...lama-lama dah masuk 9 tahun ni ok je la mana-mana...rumah aku ke rumah suami dulu tak menjadi masalah!

Kalau tak balik jugak, aku akan menangis, kenapa?teringat mak...sedih kalau tak dapat cium tangan dan pipinya...Emak dah 74 tahun...sejak jatuh di bilik air bulan lalu, hidupnya kini 24 jam di kerusi roda...kecuali tido la...atas katil huhu...alahai...ada masanya aku atau kakak-kakakku akan bergilir memandikan emak...perasaan dapat memandikan emak sangat syahdu....hiba pun ada.. Alhamdulilah Allah masih beri aku peluang menjaga emak. Terima kasih tak terhingga buat Ucu yang menjaga emak sehingga ke hari ini. Sanggup berhenti kerja...apa yang boleh kami tolong...hulurla sikit2 duit buat belanja...Emak cuma tak boleh jalan...tambahan lagi dulu dia pernah jatuh jadi lututnya bermasalah sedikit, tapi Alhamdulilah emak tak ada sakit kronik...minta dijauhkan penyakit 3 serangkai tuh!

Emak pernah berkata padaku...bukan duit yang dia mahu...tengok muka anak2 dan cucu sangat2 membahagiakan...macam kita yang dah beranak pinak ni...bila keje rindu sangat nak balik jumpa anak2. Walaupun penat.biarla anak2 tak nak berenggang dengan kita..kecuali  ibu2 yang tiada naluri keibuan mungkin rasa rimas bila bersama2 anak2.Tapi rasanya semua mengalami perasaan yang sama kan!

Masa memandikan emak, aku teringat anak2ku yang 3 orang tu....rasanya syahdu sbb macam ni la emak jaga aku masa aku baby dulu...basuhkan kencing dan berak....besarnya pengorbanan seorang ibu. Alhamdulilah aku diberi peluang merasa menjadi ibu. Harap2 bila aku tua macam emak, anak2 tidak merasa canggung atau kekok untuk memandikan aku sepertimana aku memandikan dan menjaga emak kini... InsyaAllah...Bak kata seorang teman "Doa adalah usaha yang paling MUSTAJAB".Semoga anak2 menjadi gembira bila menjaga aku nanti.Alhamdulilah jugak...kami adik beradik dididik dengan cukup ilmu dunia dan akhirat...maka kami jadi apa yang kami jadi sekarang... saling hormat menghormati dan sayang menyayangi....Nak kata banyak duit...Alhamdulilah cukup...duit tol dan minyak...serta sikit tuk belanja famili kat kampung.

Esok jumaat menginjak lagi...tak sabar nak balik....kepada semua rakan-rakan yang masih mempunyai ibu dan ayah....PULANGLAH....jangan sok dah tak ada sibuk nak ziarah kubur...meratap...dah tak guna dah...
Sebenarnya kenapa aku tulis en3 ni?

Minggu lepas di rancangan Sinar Pagi ada seorang ibu membuat penggilan di pagi Jumaat, merayu anak menantu dan cucu untuk pulang menemuinya...sedey sangat...seorang ibu merayu2...huh!menantu dia tu kan perempuan....sepatutnya lebih memahami perasaan seorang ibu kan!

Baliklah....Tak pun telefonlah...Tanya diri memasing: Hari ni dah telefon mak?Tanya Khabar?Kalau belum...lakukan hari ni yea

Emak dan cucu tersayang Nur Marissa Khairunnisa

Famili Andak

Famili Aku la

Famili Kak Nor

Famili Kak Long

Famili Uda








No comments: