Thursday, March 29, 2012

Hari bersama keluarga tercinnnntaaaa...(part 1)

dah lama sebenarnya nak masuk n3 tentang percutian bersama keluarga ke Melaka cuti CNY lepas... kami dah rancang untuk bercuti bersama-sama tetapi selalunya semua orang sibuk ngan tugas2 harian...akhirnya kami sepakat bercuti ke Melaka juga. Setelah deal dengan kawan hubby kami mendapatkan sebuah homestay yang terletak di kawasan Ayer Keroh. Rumah teres setingkat 3 bilik yang agak selesa. Fully aircon....memang best...bertolak secara berasingan sebab kami sekeluarga dari Pasir Gudang sementara abang2 dan kakak2ku dari kampung. Meet point di Ayer Keroh. Sampai kira-kira pukul 3 petang. Letak barang dan masa untuk makan. Kak Kong masak nasi n goreng ayam. Aku biasala sambal tumis, Kak Nor masak rendang ayam dan mee goreng. Mak Andak bawak nugget goreng sebekas besar. Alang bawak perut jek....Lepas asar, kami mula ngukur jalan. Menyusuri jalan2 Melaka yang agak sesak masa2 cuti ni...ke mana? Klebang....cari belacan! Pas tu balik singgah di Banda Hilir. Mula episod sesat....jalan sesak dan kami semua terpisah...dari pukul 6 sampai kul 8 lebih baru berjumpa. Kat mane? depan Muzium Samudera. Konon nak naik river cruise, tapi orang memang ramai...terlampau ramai. Hujan kejap lebat kejap renyai...alhamdulilah dapat jugak beli sedikit cenderamata buat yang paling kusayang...emak!

menunggu giliran untuk naik river cruise di  Taman Rempah

Tunggu  diorang lama sangat naik river cruise lebih kurang  45 minit

Sarah posing kat wakaf Masjid apa ek namanya kat MITC

payung baru beli kat Banda Hilir

Hubby and Marissa di belakangnya Menara Taming Sari

Hubby, Marissa dan Pak Long berlatarbelakangkan Muzium Samudera

Penat si Marissa sementara tunggu  semua orang bersiap

Lepak jap

Sarah lagi

lagi2 Sarah

Muhamad Nur Naim dam Nur Minhalina

berebut payung



Anak dan ayah

Wan Nur Amirah Amal dan Nur Marissa Khairunnisa




No comments: