Wednesday 5 August 2009

PENANGAN H1N1

Kat mane2 org duk citer H1N1, sat tadi aku gi beli mask satu kotak rm30. Kalau beli seunit 90sen. Nak pakai ke tak nak?...selalu benda ni berlegar2 di fikiran aku.. dan mungkin orang lain. Semua serba was2. Bila nak pakainya...tadi aku pakai gak tapi ramai gak yang pandang. Macam nampak alien la gamaknya. Macamane ni nak pakai ke tak nak?

Berpeluh gak mulut ni makainya...alahai...jangan bertangguh demi keselamatan dan kesihatan. Tapi berapa ramai yang pakai?Tadi tanya orang lain, nape tak pakai? InsyaAllah tak kena...Boleh jamin ke? Allah pun suruh kita berusaha. Jangan berserah sahaja. Bak kata orang kampung aku " prevention is better and much much better than cure"...alahai


Jauh di sudut hatiku yang paling dalam...risau gak...wajah anak2 terbayang di ruang mata...semoga tiada yang tidak baik berlaku ke atas mereka...Amin


Mana2 pegi macam dah tak secure. Gi beli lauk kat pasaraya pun takut2. Aku duk pikir weekend nak gi mane untuk hilangkan boring...balik kampung lagi seronok kan...kalau cuti lagi panjang lagi best.


Apa2 pun buat diriku dan kengkawan, ikutilah panduan menjaga kebersihan yang diberikan oleh kerajaan. Semoga ujian ini akan segera berakhir. Semoga ketenangan akan kembali mewarnai kehidupan kita..Amin

No comments: