Wednesday 5 August 2009

Masa

aku memang seorang yang mementingkan masa. Tak suka kelam kabut. Pagi2 kul 5.30 paling lewat kul 6.15 aku dah bangun. Maklumla aku sebenarnya tak seperti kebanyakan perempuan yang pentingkan kecantikan dan kejelitaan. Aku tak terfikir nak mekap2, sikat rambut pun tak sempat. Sebab tu aku pilih berambut pendek. Sisir ngan tangan je dah. Kadang2 bedak pun tak sempat tau. Aku bukan lemah pengurusan masa. Maskara, blusher lagi la jauh panggang dari api. Tapi ntahla...pagi2 aku banyak sangat aktiviti. Buat bubur, masak air untuk rendam botol2 susu, lipat kain semalam tak sempat, kemas tempat tidur, kemas mainan anak, cucu pinggan mangkuk yanga da kat sinki sbb mak aku pesan jangan suka tinggal pinggan kotor tak basuh, nanti jin2 jilat..tolong hubby jemur kain kalau banyak, cabut2 rumput sikit2 la kotnya semak sangat, bukan katak yang duduk ntah2 ular pun ada...hish! selisih malaikat 10! Nak simen laman tak berduit lagi....ade lagi...cek lampin sarah kot penuh...layan mimin nak dukung masuk kereta...dah biasa dah...


Paling lewat gi kerja kul 7.30. Biasa 7.15 dah dalam keta. Bukan apa sempat anta anak dan beli sarapan terus. Tak la samapi tempat keje pas tu kuar lagi. Kan ke buang masa. Hari ni aku terlambat bangun so tergesa2 jugak, tapi masih buat keje yang sama...hubby ada kelas kul 8. Aku nak sarap dulu, so aku beli bungkus dan bungkuskan untuk dia sekali...pas tu anta kat opis dia...tak pe la...kalau nak cakap...aku memang berdikari...tak suka nak bergantung sangat kat hubby. Kalau aku boleh buat aku buat sendiri. Maklum la dari kecik mak dan bapak aku dah ajar kami berdikari...Masak basuh kain, lipat kain, kemas rumah memang dalam jadual..tu yang sampai sekarang kalau kami semua balik kampung, kak long keje dia basuh kain dan basuh kain, andak susah sikit la...duk ngan metua so selalunya datang lambat, kak nor biasala masak dan masak, aku?hihihi aku tolong kemas umah la...tapi biasanya aku malas.Apa gunanya ada anak2 buah yang dah beso...kalau kawin kompem dapat anak dah. Apalagi aku mandur...aku la yang bagi arahan...


Berbalik cerita aku mengenai masa. Aku amat pentingkan masa. walaupun masa sekolah dulu kawan2 cakap aku suka lambat2. Bukan apa aku masa tu malas sikit hihihi....balik keje kul 5.30 biasanya aku solat dulu, pas tu anta Minhalina ngaji...tunggu kat luar dalam 10 minit bawak balik. Letak Sarah pas tu singsing lengan...bukan gaduh...masak la apalagi...aku memang suka masak...bukan apa hubby ngan anak2 pun kena air tangan kita gak...lagipun asyik makan kedai je boring gak. Aku pun pernah dengan Ustaz dalam tv cakap masa makan la kita dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama anak beranak. Org kata makan malam gemuk la...apa la...ntah apa2 lagi...terpulang la kat diri memasing...


Satu kepuasan kalau dapat hidangkan makan kat hubby and anak2 kan. Hanya org yg biasa buat tahu kepuasannya...Aku tak rasa penat..pas makan biasala layan anak2..anak2 aku sume nak kat aku...bukan nak cakap hubby aku tak penyayang...dia pun satu dalam sejuta gak...tapi tu la naluri keibuan kot...


Malam tadi ada majlis Nisfu Syaban, aku g la umah Puan Rahayu no30 jalan Harmoni 8, dapat jugak aku masuk rumah besar ni... lama tak solat jemaah macam ni...rasa last masa belajar dulu...maksudnya ngan pompuan2...Alhamdulilah...makanan berlambak...tenang je lepas baca Yasiin... tapi org tk ramai...betul la benda baik ni susah orang nak buat...banyak alasan...


Ok la aku nak buat nota ni cau cin cau....alahai

No comments: