Tuesday, August 4, 2009

KAWAN O SAHABAT??

Dulu masa tingkatan 1 sampai 3 kawan2 karib aku Piah dan Uji...bila naik tingkatan 4 dan 5 kawan karib aku Zack dan Aziz. Sebenarnya Azizah dan Zuraidah. Ala masa tu kitaorg nak guna nama lelaki...aku nak tau? Halim la...cheh! apa ke jadahnya! tak de la suka2 je...Bila masuk tingkatan 6 aku berkawan balik ngan Uji dan Piah, tapi tambah sorang lagi Ellyia...jangan salah eja nama dia, nanti dia marah. hihihi...


Bila masuk U kawan karib aku Cik Salmah dan Maizatul Hamima, dua2 orang Selangor...so bila berbalah aku lah yang kalah hihihi.

Maknanya kawan2 aku ni ada peringkat2 la...tapi yang bestnya aku masih lagi berkawan baik ngan mereka. Bila ada kesempatan, aku masih menziarahi mereka. Baru2 ni gi kusus kat KL aku jumpa gak ngan Cik Sal n Mai...walaupun sekejap dapatla lepas rindu. Lagipun Mai baru dapat baby so kena la jumpa. ye tak?


Zack, Aziz dan Cik Sal tak kawin lagi. Macam2 la diorang ni, ade yang cinta, putus, cinta, putus, tak habis2. Tapi aku sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.


Uji dah 3 anak dia sama ngan piah...Ellyia ntah la 2 ke dah tambah...lost contact...aku 2 dan yang lain bujang.

Aku sebenarnya nak cerita tentang KAWAN dan SAHABAT. Bagi aku KAWAN senang dicari, tetapi SAHABAT? susah kan...SAHABAT...bila bersama kita rasa selesa dan bebas berbicara. Tapi KAWAN, kita cerita kadang2 ntah betul ntah tidak...kadang2 nak rahsia selalu...biasalah...itu semua terpulang kepada memasing la...Tapi KAWAN perlu gak...kot2 boring nak sembang2 gaban, atau nak ngeteh atau nak gi shopping masa keje...KAWAN gak...ala bukan apa boleh bagi idea...pendapat...ataupun sekadar hilangkan boring. Atau nak mintak tolong punch card ke...hihihi.....Lu Pikirlah Sendri.Nak cerita rahsia?Nanti dulu...hihihi


Ok la buat kawanku kat sini walaupun namamu tak tersenarai jagan sedih...ada masa aku mention nama korang gak. ni sekadar mengingati kawan2 lama..yang jauh di mata tapi dekat di hati...alahai...

No comments: